MI CUORE (OG)

MI CUORE (OG)

  • WpView
    Reads 81,697
  • WpVote
    Votes 3,627
  • WpPart
    Parts 76
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Apr 29, 2026
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."
All Rights Reserved
#138
redflag
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Bukan Aku (Complete)
  • Bahagia Yang Aku Tunggu
  • Anugerah Terindah [C]
  • Kenangan Yang Terindah |(REVAMP/ON GOING)
  • KCADD 2
  • TERBIT | Jika Harus Begitu
  • Dalam Jagaan Devil [NOVEL]
  • Hot Trio Series: Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]

"No?!" "Yes! No!!" Keadaan memaksa Hani mengaku dia sudah berkahwin untuk dia mendapatkan kerja secepatnya. Ashraff pula rasa dikhianati dan dalam masa yang sama lega dan tidak salah untuk dia memulakan langkah memikat Hani. Setelah mengenali Hani, baru dia tahu yang banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh gadis itu. Bukan sekadar menjaga anak buahnya, Hani perlu menjaga hubungan keluarga dengannya. Ashraff bertekad untuk membantu Hani dalam segala hal. Sehingga satu kejadian berlaku, Ashraff bingung dengan perasaannya terhadap Hani. Tapi apakan daya, kata-kata yang telah diucap begitu tajam dan buat Hani terluka dan membawa diri. Ashraff pula masih dengan egonya sehingga kebenaran terbongkar. Begitu banyak onak dan duri Hani untuk bahagia. Adakah Ashraff dapat memegang hati Hani kembali? Kepulangan Hani dengan karakter yang berbeza, berjumpa kembali dengan Ashraff bukan keinginannya. Masih ada harapankah buat Ashraff untuk memenangi hati Hani kembali? Masih adakah cinta buat Hani pada Ashraff setelah dilukai? Teruskan membaca! 2 Nov 2024 - 1 Jan 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines