His Obsession: Mi Flor (On-Going)
12 parts Ongoing MatureHis Obsession: Mi Flor
Intan Sofya hanyalah seorang gadis biasa yang menjalani kehidupan dengan. Dunianya hanya berputar di sekitar keluarga, kuliah dan sahabat yang sentiasa bersamanya. Namun, ada satu perkara yang dia tidak pernah fahami-kenapa ramai lelaki tertarik kepadanya? Dia tidak pernah meminta perhatian itu, apalagi menginginkannya. Namun, di antara mereka semua, ada satu lelaki yang berbeza. Lelaki misteri yang tidak pernah memperkenalkan dirinya, tetapi kehadirannya sentiasa terasa. Pesanan tanpa nama mula tiba. Sejambak mawar putih diikat bersama tali merah kehitaman yang dihantar ke rumahnya tanpa sebarang petunjuk siapa pengirimnya. Nota kecil bertulisan tangan menyebut namanya dengan begitu mesra seolah-olah mereka sudah lama mengenali satu sama lain.
'Mi Flor'
Dua perkataan itu sering muncul dalam setiap pesanan yang dia terima. Siapa lelaki ini? Kenapa dia memanggilnya begitu? Ketakutan semakin mencengkam apabila dia mula menyedari sesuatu-lelaki ini bukan sekadar mengikutinya. Dia tahu setiap perkara tentang dirinya, dari makanan kegemarannya, rutin hariannya, sehinggalah kepada perkara yang dia sendiri hampir lupa. Seperti seseorang yang telah memerhatikannya selama bertahun-tahun. Saat dia cuba melarikan diri, rahsia demi rahsia mula terbongkar. Apa yang dianggap sebagai kebetulan rupanya sudah dirancang sejak lama. Kini, Intan Sofya bukan sahaja berdepan dengan bahaya tetapi juga perasaan yang tidak mampu dia nafikan-antara ketakutan dan tarikan yang sukar dijelaskan.
Mampukah dia melepaskan diri daripada obsesi lelaki misteri itu, atau dia sendiri akhirnya akan menjadi miliknya... untuk selamanya?