QALBU RAMADHAN - C

QALBU RAMADHAN - C

  • WpView
    Reads 26,235
  • WpVote
    Votes 1,571
  • WpPart
    Parts 44
WpMetadataReadComplete Tue, Sep 30, 2025
'Cinta kita terbina atas cinta-Nya' Ramadhan Hauzan, lulusan terbaik Mesir yang tampan dan dikejar para gadis. Dia tidak yakin pada istilah pernikahan di usia muda, namun dia juga yang menyatakan hasrat untuk berumah tangga. Semuanya kerana seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya meskipun dengan segala kekurangan yang terzahir pada pandangan mata. Gadis itu, Qalbu Nur. Baginya masih jauh perjalanannya sebagai seorang gadis yang mendambakan kejayaan di dunia. Namun perancangan Allah itu indah dikala Dia menghadirkan seorang jejaka dalam hidup gadis itu sebagai bahasa rindu-Nya. "Sudikah awak menjadi serikandi mahligai syurga buat saya, Qalbu?" - Ramadhan Hauzan. "Boleh... tapi dengan satu syarat. Saya nak kita kahwin sebelum bulan Ramadhan." - Qalbu Nur. Ikatan tanpa paksaan, penuh dengan kerelaan dua hati yang menyatu. Namun tetap saja niat suci itu diuji tatkala hubungan mereka diungkap tidak sepadan, pasangan yang tidak sempurna. Saat wanita pemilik hatinya dihina dan direndahkan maruahnya, di situ Ramadhan berdiri teguh mempertahankan sekeping hati agar tidak terus dilukai. "Saya dah gagal kejar cita-cita saya... Saya dah gagal banggakan mama dengan abah... Saya tak nak gagal sebagai seorang isteri juga..." -Qalbu Nur "Qalbu, pandang abang. Awak tak pernah gagal, sayang. Tak pernah walau sekali. Sayang isteri terbaik abang selamanya selagi dengan izin Allah," -Ramadhan Hauzan Setiap yang bercinta itu punya hati. Dan bila hati telah tawar dari rasa, bagaikan pena kehausan tinta. "Ya Allah... berdosakah diri ini andai aku ingin dilepaskan dari dirinya. Biarkan aku terbang bebas selayaknya yang pernah aku dambakan." - Qalbu Nur Sejauh mana erti setia mampu teguh buat si cahaya hati? Perkahwinan tanpa cinta, benarkah ia mampu bahagia hingga hujung usia? Atau mungkin berganti hati, ternoktah kisah di dunia?
All Rights Reserved
#560
sadromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • MENANTI CINTA DIA 2
  • Makmum Syurgaku (End)
  •  𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING
  • Takwil Cinta Zulaikha
  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • Sungguh Ku milikmu, Kau milikku...
  • Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta

Wanita mana yang sanggup hidup bermadu? Hakikatnya tiada seorang wanita pun yang sanggup berkongsi kasih. Perkahwinan mereka diuji lagi. Perkahwinan yang dibina selama lima tahun hampir musnah disebabkan orang ketiga. Perkahwinan mereka mula goyah. Menunggu masa untuk musnah saja. "Memang lelaki tak pernah cukup satu ke? Lagi teruk bila membelakangkan isteri sendiri!" - Nurul Solehah "Terpaksa sayang. Sumpah, abang tak cintakan dia sedikit pun!" - Khalaf Hakimi Ah lelaki memang pandai bermain kata. Hakikatnya hati yang dilukai langsung tak dipeduli. "Saya minta maaf kak. Saya tahu saya salah. Apa yang abang Khalaf katakan itu semua betul. Saya tak ada niat nak rampas dia dari akak. Tapi saya terpaksa kak..." - Mellisa Solehah tak peduli. Dia tetap akan menuntut cerai dari suaminya. Walau rasa cinta masih penuh didada, dia sudah tiada daya. Khalaf merayu pada Solehah berkali-kali agar menarik balik perceraian yang difailkannya. Namun Solehah enggan. Jujur hanya wanita itu yang sentiasa bertakhta dihatinya. Mana mungkin dia akan lepaskan insan yang dia sayang. Insan yang pertama menzahirkan rasa cintanya pada wanita. Hati Khalaf tiba-tiba beku. Dia sudah bersedia hendak melepaskan Solehah pergi. Rayuan Solehah tidak dilayan. Solehah pasrah. Hati Khalaf dah mati buatnya. "Pergilah Solehah. Pergilah. Dah tiada daya abang untuk menghalangnya lagi." - Khalaf Hakimi Khalaf tidak menoleh lagi. Kebahagiaan Solehah mulai hancur. Yang dicintai sudah pergi. Yang tinggal hanya sisa-sisa cinta untuk isterinya saja. Bila-bila saja Khalaf akan melepaskannya. Solehah kesal dengan. Egonya yang melangit membuatkan dia hilang insan yang disayanginya. "Khalaf, lepaskan saya. Tempat saya bukan di sini." - Mellisa "Sekurang-kurangnya biarlah awak pergi sebagai isteri saya. Siapa lagi tempat yang awak boleh bergantung Lisa..." - Khalaf Hakimi Meraung lah sekuat mana sekalipun. Kini, Solehah tinggal seorang diri. Menanti cinta yang telah mati untuknya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines