Cinta yang Ku Dambakan Bahagia
  • Reads 321
  • Votes 107
  • Parts 15
  • Reads 321
  • Votes 107
  • Parts 15
Ongoing, First published Jan 04
5 new parts
Kerana pertemuan di antara abang dan kakak iparnya bermulah kisah perkenalan Nur Haiza Al-Syifa dengan Muhammad Haider Zulkarnain untuk mengecapi bahagia. Berani mengambil langkah untuk mara.
 
Walaupun pada mulanya Haiza hanya sekadar doktor yang merawat adiknya, lama kelamaan bibit-bibit perkenalan itu bertukar menjadi sebuah hubungan percintaan antara dua jiwa. Namun,ketika mana lamaran Haider ditolak oleh gadis itu membuatkan dirinya nekad untuk menjauhkan diri. 

Dan pada ketika itulah Haiza tersedar dan kembali merebut hati lelaki itu. 

Apa yang dijanjikan oleh Haider adalah cinta. Apa yang diinginkan oleh Haiza adalah cinta yang dia dambakan untuk mengecapi bahagia. 

Adakah cinta mereka masih utuh berdiri?
Adakah dugaan dan cabaran yang ditempuhi dapat dikongsi bersama?
All Rights Reserved
Sign up to add Cinta yang Ku Dambakan Bahagia to your library and receive updates
or
#5army
Content Guidelines
You may also like
Bunga Emir by cik_Huyya
18 parts Complete
Emir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bongsu mungkin. Perempuan pula tak cukup satu. Pagi dengan orang lain, petang pula dengan orang. Sudah berbuih bondanya menasihati tapi satu pun tidak melekat dimindanya. Bagi Emir biarlah dia enjoy waktu kebebasannya dulu sebelum dirantai oleh insan bernama isteri. Dia tak suka terikat, dia tak suka dikonkong. Tapi sekali dia jatuh cinta disuruh berbaju pink berlatarkan mickey mouse pun dia sanggup. Bunga Dalili; Merupakan pemilik butik Liliy's florist. Sangat meminati bunga dan gubahan seiring namanya. Dalam usia 26 tahun dia sudah berjaya membuat ibu bapanya bangga namun satu hanya satu yang merimaskan Dalili apabila tiap kali pulang ke rumah topik boyfriend sentiasa menjadi pilihan mamanya. Pertemuan Emir dengan Dalili membuatkan Emir sasau. Tidak pernah dia terpukau dengan seorang perempuan. Selalunya perempuan yang sentiasa menggodanya dan dia melayan sekadar mengisi masa lapangnya namun kali ini dia jatuh. Jatuh tersungkur di kaki Dalili tanpa perlu Dalili melakukan apa-apa. Dia sentiasa mencari cari cara untuk mendekati si gadis itu. Hari-hari menapak ke kedai Liliy's florist walau kadang hanya untuk menatap muka si idaman. "boleh pergi main jauh-jauh tak? Rimas la saya dengan awak." Lili "Dalam banyak-banyak bunga dalam kedai awak ni, awak tahu tak yang mana paling harum? Bunga Dalili yang seorang la. Kihkihkih." Emir Sorang mendekat, sorang menjauh tapi bila hati sudah terpikat, sikit pun taknak jauh. Mula: May 2023 Tamat: Jun 2023
You may also like
Slide 1 of 10
INDAHNYA SABAR √√ cover
Bunga Emir cover
Ku Terus Menunggumu ✔ cover
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED] cover
Unexpected Love cover
aksara cover
Maisarah cover
𝘽𝙖𝙙 𝙎𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 | 𝙊𝙣 𝙃𝙤𝙡𝙙 cover
Tia Amanda cover
Islam Agama Teragung  cover

INDAHNYA SABAR √√

73 parts Complete

[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutuskan hanya untuk berdiam diri dan melihat saja daripada jauh. Entah mengapa dalam ramai-ramai pelajar, gadis itu saja yang sering mencuri perhatiannya. Sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan membuatkan dia berasa ingin tahu tentang gadis itu. "Ustaz?" "Ya saya." "Saya rasa dunia ni tak adil untuk saya." "Kenapa?" Tiada jawapan. Hanya gelengen kecil saja dia lemparkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan dirinya berseorangan. "Hidup ini penuh dengan dugaan. Makin banyak dugaan yang awak tempuh makin sayang Allah pada awak." "Saya penat nak hidup. Saya letih. Hari-hari saya doa supaya saya cepat mati. Saya dah tak nak hidup. Saya penat." Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Mereka dipertemukan kembali dengan keadaan yang tidak di sangka-sangka. Terkejut dan gembira. Namun tiada apa yang mahu diungkapkan padanya. Hanya renungan mata saja sudah memadai. "Saya nak meminang awak." "Umur kita sangat jauh dan saya tak layak untuk awak. Maafkan saya."