Story cover for Perfect Sky (Complete) by saraimani99
Perfect Sky (Complete)
  • Reads 175,427
  • Votes 8,526
  • Parts 50
  • Reads 175,427
  • Votes 8,526
  • Parts 50
Complete, First published Nov 25, 2024
Love Seasons: Book 3


Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta.  Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. 

Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu.  Orkid perlu segera berkahwin.

Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. 

"Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina

"Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- 

Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. 

"Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas 

Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. 

Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan.

Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
All Rights Reserved
Sign up to add Perfect Sky (Complete) to your library and receive updates
or
#129pilot
Content Guidelines
You may also like
Pelindung Hati by FairyEyza
7 parts Ongoing
. Demi cucu yang tersayang Datin Orked terpaksa cari pengasuh untuk cucu nya.. "ma.. don't worry.. ziyad boleh handle.. ziyad boleh jaga lola.."ujar ziyad.. dia tak setuju orang lain jaga anak dia.. "boleh handle? kamu lupa ke? bulan lepas Lola diculik.. mama tak cakap kamu tak boleh handle ziyad, you need help.."balas datin orked.. Ziyad terdiam.. . . "Ayla saffiya bt Ziyad Mikael?"aula kerutkan dahi.. "Yee.. Cucu datin orked dan datuk samad.. Pemilik Jaya Group.. Elite Class Triple A.. Aula pernah lindungi datin orked selama 3 bulan, sebelum anak dia decide untuk tukar semua bodyguard wanita kepada lelaki.. Dia buang semua pembantu rumah.."ujar tuan firdaus.. "Tahu.. Anak lelaki dia yang bencikan perempuan.."balas aula.. . . "Woii.."ellisha gunakan kaki untuk periksa keadaan penyerang yang tengah terbaring atas jalan.. Tiba-tiba Salah seorang penyerang acukan pistol kat ellisha.. "Watch out!!"jerit Raeed.. ellisha tendang pistol itu dan dia pijak tangan penyerang yang cuba tembak dia.. "Bawa anjing ni... Kita kena cari tuan anjing-anjing ni..."arah ellisha.. Ellisha keluarkan pistol hitam merah dari poket dia.. Dia pandang raeed.. "Are you okay?"soal raeed pada ellisha.. "Yes.. Thank you tuan.."balas ellisha.. Raeed angguk.. . . "Miss me?" "Nadia!!"serentak aula dan ellisha panggil.. "Need help? Jom kita letupkan kepala dorang ni.."nadia angkat kening dia.. Aula dan ellisha ketawa.. . . Siapa cakap perempuan lemah? Aula, ellisha dan nadia membuktikan kenyataan itu salah.. Semuanya dalam Pelindung Hati
Love In Silent ✔ by CikVelvet
56 parts Complete
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
65 parts Complete
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit) by CikMizz
51 parts Complete
[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu ARNIS Holdings yang diusahakan oleh usahawan terkenal di tanah Air malahan di luar negara. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana dia lewat ke temuduga dengan insiden yang tidak diduga pada hari dimana dia perlu pergi temuduga tersebut dengan segera. "Hish!berani dia langgar cik Kiah aku ni!tahu la kereta mahal tapi agak-agak la!adab tu dekat mana?"-Orked Imani. "Dia mama Isya!Isya nak mama!!"-Tengku Irsya Syah. Sampai la satu masa yang dia terpaksa membuat perjanjian untuk menjadi seorang babysitter tanpa apa-apa sijil yang berkaitan dengan kanak-kanak. "Only 3months Cik bunga.I know my daughter."-Tengku Aryan Syah. "Kau serious ke Orked?nak jadi babysitter kepada Boss Hot tu?Wow kalau aku jadi kau kan.."-Humairah. Dalam pekerjaan yang berlandaskan dengan perjanjian bodoh yang dia dan encik dingin plus hot tu,bermula la benih-benih cinta yang hadir dalam diri memasing.Tambahan pula Orked Imani memiliki wajah yang seiras dengan arwah isterinya. "No Aryan!dia bukan Anis!!No!!"-Tengku Aryan Syah. "Kenapa aku boleh suka mamat yang dingin macam batu tu?"-Orked Imani. "Umi nak Aryan kahwin dengan menantu pilihan umi..bukan dengan perempuan yang tak cukup kain macam Amber tu. Lagipun dia bukan perempuan yang baik. "-Tengku Salmah. Namun setiap kehidupan seseorang itu seharusnya mesti ada orang ketiga. "Dia akan jadi milik aku!"-Amber. "Perempuan tu memang gila ea?"-Orked Imani "Aku tak akan bagikan kebahagiaan itu dekat perempuan macam kau!"-Iera. mampukah Orked Imani boleh menjadi babysitter yang bertawliah dan menahan hatinya untuk encik dingin itu?mampukah Aryan melupakan kisah lama dan menerima Orked?mampukah mereka? ⚠Dilarang di plagiat ⚠️Awas ada kata-kata carutan/kesat Start writing 26August2018💞
Ammara Nuhail : Chasing The Dawn [Terbit] by FufulieyaMat
19 parts Complete
[Complete] 🦋Chasing Series 1🦋 "Dendam tu tak akan hilang selagi kau tak rasa apa yang dia rasa dan selagi dia tak terseksa tengok kau terseksa seperti mana dia terseksa." Ammara Haliqa, Anak manja pada Dato' Wira Iskandar.Satu-satunya pewaris hart Dato'Wira Iskandar. Hati gadis itu lembut selembut sutera hingga mudah benar dia jatuh hati pada Nuhail Melvius yang membantunya. Hanya sekali bantuan dihulur, hati gadis itu sudah terpaut seeratnya pada lelaki dingin itu. "Alaa, saya suka awak! Tak boleh ke awak suka saya? Awak single, saya single."- Ammara Haliqa "Aku tak suka budak mentah macam kau. Jangan ganggu aku. kau tak kenal aku siapa. Jadi jangan nak berangan kahwin dengan aku. kau akan menyesal."- Nuhail Melvius Nuhail Melvius, Seorang lelaki dingin yang hidupnya hanya pada kerja. Jujur dia tertarik pada gadis manja itu tapi hatinya sekeras-kerasnya menolak kerana dendamnya yang tak pernah padam. "Aku dah beri amaran pada kau tapi kau nak juga jadi isteri aku! Jadi kau tak payah nak menangis dekat sini! Sekali kau jadi hak aku, jangan harap kau akan terlepas!"- Nuhail Melvius "Dendam awak pada orang lain tapi kenapa awak lepaskannya pada saya?! saya cuma cintakan awak! saya tak tahu apa salah saya pada awak! kenapa awak benci saya disebabkan salah orang lain?!"- Ammara Haliqa "Lari dengan abang. Abang akan bawa Mara pergi jauh dari lelaki tu. Dia bukan lelaki yang baik."- Ammar Ziyad "Kenapa mesti tutup hati kerana dendam yang tiada kesudahan? sampai bila dendam tu akan menghancurkan kebahagiaan?"- Lunara
You may also like
Slide 1 of 10
UNFINISHED LOVE [C] cover
Pelindung Hati cover
Dahlia Mikail cover
Love In Silent ✔ cover
IAN QALEEF: TERCIPTA UNTUKKU cover
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] cover
SEPARAS AWAN: CAPTAIN ZABRAN JARREL [ HOLD ] cover
 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit) cover
Ammara Nuhail : Chasing The Dawn [Terbit] cover
OUR CHOICE✔️ cover

UNFINISHED LOVE [C]

28 parts Complete Mature

Disebabkan kekurangan diri, Narina sanggup dipergunakan oleh majikannya sendiri, Miqdad Halimi. Permintaan Miqdad Halimi agar dia menjadi 'tunang tipu-tipu' kepada lelaki itu diturutkan kerana Miqdad Halimi telah berjanji akan memberikannya bayaran yang lumayan. Demi duit, dia sanggup! Namun, siapalah dia ingin mengawal sekeping hati yang berbolak-balik sifatnya. Keinginan yang tidak beperasaan bertukar menjadi suka tetapi perasaan itu terpaksa dipendam seorang diri kerana utuhnya cinta seorang Miqdad kepada Warda Iyliana walaupun Warda Iyliana telah pun menjadi tunangan orang. "Kalau Encik Miqdad dah dapatkan your girlfriend semula, saya nak resign." - Narina. Seutuh-utuhnya cinta akhirnya akan goyah juga. Miqdad Halimi sedar dia telah pun berpaling arah. Perasaannya kini untuk Narina seorang. Dia tidak akan mengizinkan Narina pergi jauh. Oleh disebabkan itu, diikat Narina dengan ikatan yang suci. Diangkat martabat seorang wanita sebagai isteri. Malangnya, kebahagiaan mereka tidak kekal lama. Kembalinya Warda Iyliana menaruh harapan. Cinta yang telah terkubur kembali marak. "I dan Izuan dah putus tunang." - Warda Iyliana. Narina bungkam. Tahu dirinya menjadi orang ketiga di dalam hubungan cinta di antara Miqdad Halimi dan Warda Iyliana, akhirnya dia membuat keputusan untuk menghilangkan diri. "Abang cintakan Rin." - Miqdad Halimi. "Tak! Cinta itu masih belum selesai." - Narina.