*Previously known as HIS POSSESSION*
Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri.
"Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja
Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja.
"Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan
Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati.
"Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja
Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan.
"Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel
Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya.
"My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel
Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu.
Start : 19/8/24
( spin-off The Hidden Lies. )
Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah
Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem.
Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru.
Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem.
"Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder
Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong!
Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha.
Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka.
Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder.
***
"So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha
"Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder
Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali?
You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah.
Start : 24 may 2024
End : -