4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED]

4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED]

  • WpView
    Reads 1,171,339
  • WpVote
    Votes 50,608
  • WpPart
    Parts 60
WpMetadataReadComplete Mon, May 5, 2025
Fiction
Romance
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
All Rights Reserved
#106
romance
WpChevronRight

Join the largest storytelling community

Get personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Mr Princeslon (Terbitan Red Diamond Indonesia Publication 2026)
  • Sulit | boys love
  • Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️
  • Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)
  • FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Berikan Aku Peluang Kedua Sayang...
  • 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
  • CAHAYA SEROJA ||©
  • ZARILL : SATU HATI DUA CINTA (C)

(Terbitan Red Diamond Indonesia Publication 2026) Fikirkan menjadi pembantu rumah di rumah mewah akan dilayani baik seperti keluarga sendiri. Tapi itu semua cuma angan-angan. Sebenarnya, rumah itu ibarat penjara buatnya dan lebih menyeksakan bila terpaksa berhadapan dengan majikan yang gila. "Aku nak kau jadi milik aku, Aara. Dan aku yakin yang kau boleh beri aku keturunan." - AHMED IVANDER Konon setia pada isteri, tapi realitinya lelaki seperti Ivander sentiasa punya alasan untuk menutup nafsu sendiri. "Aku datang ni tepat pada waktunya, kan? Aku tahu kau perlukan seseorang." - RAE EL SHARIF PRINCESLON Saudara majikannya muncul mujur perangai mereka bagaikan bumi dan langit. Lebih menenangkan, walau kadang menjengkelkan. "Kau cakap aku ni 'bakal suami' kau, kan? Kenapa tak realisasikan aje? Aku pun dah lama single." - RERY EL SHARIF PRINCESLON Abang kepada Rae muncul jadi penyelamat saat dia sangat memerlukan. Demi elak berjumpa bekas kekasih, dia terpaksa menggelarkan Rery sebagai bakal suami. Disangka habis di situ, rupa-rupanya gelaran itu dituntut menjadi realiti. Namun semakin hari, semakin banyak kejadian pelik menghantui hidupnya. Ivander semakin gila, dan Aara semakin tidak tentu arah. Hanya Julian, Rae dan Rery yang menjadi kekuatan untuk dia terus bertahan. "Apa yang saya kena buat supaya Ivander tak ganggu saya? Saya cuba kuat, tapi tengok sikap obses dia... saya jadi takut." - AARA MALIKA "Sebab tu aku selalu ada dengan kau, Aara." - RERY EL SHARIF PRINCESLON Namun kehadiran seorang lelaki tua membongkar segalanya. Rahsia, dendam dan darah semuanya berpunca dari satu nama. "Sebab aku nak kau tengok semuanya hancur depan mata kau." - ADAMO

More details
WpActionLinkContent Guidelines