Bahagia Tak Sempurna ©️

Bahagia Tak Sempurna ©️

  • WpView
    Reads 36,962
  • WpVote
    Votes 1,836
  • WpPart
    Parts 48
WpMetadataReadComplete Mon, Aug 24, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
3rd story :) "Ayah aku yang mati! Sebab aku! Dan sekarang, Adam! Adam mati sebab aku! Lepas dia janji nak sentiasa ada dengan aku! Tapi dia mati, Zyan! Sebab aku! Untuk aku!" Hidup Zara berubah sekelip mata. Dari seorang gadis ceria, dia kini benci pada masa depan yang dia tidak pernah minta. Hidupnya mula dikelilingi teka-teki, dendam dan rasa bersalah yang tiada noktah. Hari-harinya diburu seseorang. Nyawanya diburu tanpa alasan yang kukuh. Hela nafasnya menyesakkan dengan tuduhan tak berasas. Zyan Ahmad, sahabat baik kepada arwah Adam pula tidak pernah benar-benar menyukai Zara. Bagi Zyan, Zara hanyalah gadis manja yang merosakkan hidup orang lain. Jengkel! Itu lah perasaan Zyan setiap kali memandang wajah Zara. Tapi takdir aneh menyatukan mereka dalam situasi yang tidak terduga. Daripada pergaduhan mulut, muncul simpati. Daripada simpati, muncul pula perasaan yang perlahan-lahan meruntuhkan tembok hati mereka. "Kalau macam tu kita kahwin!" Namun, kebahagiaan bukan sesuatu yang mudah dimiliki. Satu demi satu kejadian misteri berlaku termasuk kemalangan yang hampir meragut nyawa, ancaman tanpa wajah dan sebuah konspirasi penuh dendam. Di sebalik segala kekusutan itu, Zyan tak pernah lari malah terus teguh berdiri di samping Zara Adira. Dibina atas kehilangan. Diuji dengan kebenaran yang menyakitkan. Cinta yang hadir tanpa dipinta antara Zara dan Zyan tetap bertahan bila luka lama kembali berdarah. "Aku tetap akan cari kau... dalam apa jua dunia... walau roh aku cuma bayang..." Kerana hidup ini tidak pernah sempurna tetapi bila dilalui dengan orang yang tepat, segalanya terasa cukup. They weren't perfect people. But somehow, they made a perfect home out of each other. Start: 29 April 2025 Finish: 21 Jun 2025
All Rights Reserved
#430
romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Broken Home: Grey Eyes
  • Bidadara Dalam Hati©
  • DIA ADA CINTA
  • Hingga Akhir Nanti✔
  • THB [Treat Her Better]
  • BUNGA AZALEA 1 ✅
  • Kerana Cinta ©️
  • TUNKU'S SENORITA [slow update]
  • 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧

(Complete) #Series 1 Zara Liayana membesar dengan luka yang tidak pernah sembuh, satu malam berdarah meragut nyawa kedua ibu bapanya, dibunuh oleh sosok bertopeng dengan mata kelabu yang tajam. Bertahun berlalu, mimpi buruk itu masih memburunya... dan luka di bahunya menjadi peringatan paling nyata bahawa pembunuh itu masih hidup. Dan mungkin... masih mencarinya. Kehidupannya berubah apabila Aidan Reza, teman lamanya yang pernah mengisi ruang kecil dalam hatinya semasa tadika, muncul semula, kini sebagai seorang remaja pendiam bermata ganjil, satu biru dan satu hazel. Tapi Aidan bukan lagi budak kecil dulu. Dia menyembunyikan sesuatu, sesuatu yang berkait rapat dengan dunia gelap yang tidak pernah Zara bayangkan. Dikelilingi keluarga yang kejam dan pembunuhan yang seolah tiada penghujung, Aidan terperangkap antara melindungi Zara... atau membiarkannya pergi demi keselamatannya. Apabila pertumpahan darah bermula lagi, Zara sedar bahawa sejarah hitam atau musuh lamanya tidak pernah hilang. Seseorang sedang memerhatikannya. Kali ini, musuh itu tidak akan pergi selagi misinya untuk menghapuskan Zara belum selesai. ⚠️Cerita ini mengandungi unsur keganasan fizikal dan emosi, darah, trauma, penyalahgunaan, serta tema sensitif lain. tidak sesuai untuk pembaca bawah umur atau yang mudah terkesan secara emosi. Sila baca dengan berhati-hati.... Cerita ini adalah 100% fiksyen dan tidak berdasarkan kisah sebenar. 📔Sebelum cerita bermula, terdapat bahagian profil dan biodata watak untuk rujukan pembaca.

More details
WpActionLinkContent Guidelines