C | Bawa Dia Kembali
  • Reads 118,567
  • Votes 12,349
  • Parts 52
  • Reads 118,567
  • Votes 12,349
  • Parts 52
Complete, First published Mar 23, 2024
Mature
Bawa Dia Kembali by viepixxa

Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. 

Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. 

"Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA 

"Di mata saya, awaklah perempuan yang paling indah. Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL 

Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. 

"Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL 

Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka?

DILARANG PLAGIAT! 

All Rights Reserved © viepixxa
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add C | Bawa Dia Kembali to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
Hero Dalam Irama | TERBIT by harleenxira
26 parts Complete
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️
Takdir Yang Kembali | Editing by nerinenoir
14 parts Ongoing
Dua tahun selepas lafaz yang memisahkan mereka sebagai suami isteri, Sayf dan Nufa bertemu semula di kota Alexandria. Bukan secara kebetulan tetapi kerana takdir yang belum selesai ditulis. "Abang tahu abang tak sempurna tapi kalau Allah masih beri abang peluang untuk belajar mencintai dengan cara yang diredai-Nya, abang nak." -Sayf Arsalan "Kalau kita betul-betul sayang, jangan dikurung dalam sangkar. Lepaskan. Biar dia terbang bebas. Kalau dia pulang, itu rezeki kita. Tapi kalau dia tak kembali... mungkin itu ujian." -Nufa Elnaura Di saat mereka mula merangkai kembali serpihan harapan, ujian datang bertalu. Satu musibah mengubah seluruh hidup Nufa. Namun, Sayf memilih untuk tetap menunggu, meski harus menahan pedih yang tak terucap. "Abang takkan pergi, Nufa. Kalau ini takdir kita, abang rela terluka... asalkan bukan kerana menyerah." - Sayf Arsalan "Kehadiran saya dalam hidup abang hanya menyusahkan. Dan sekarang... saya bukan perempuan yang sempurna pun. Apa lagi yang tinggal?" - Nufa Elnaura Dalam masa yang sama, ibu Sayf tetap dengan pendiriannya. Bagi Puan Mariam, cinta Sayf kepada Nufa adalah kelemahan dan kelemahan itu mesti diputuskan, walau dengan mempertaruhkan hubungan darah demi membunuh satu cinta. "Kalau Sayf tetap pilih dia, pergilah. Tapi jangan harap mama akan restu. Jangan harap mama akan pandang Sayf lagi." - Puan Mariam "Mama tahu Sayf cintakan Nufa sejak dulu dan sekarang. Mama juga tahu Sayf sayangkan mama... sampai sanggup butakan mata, tulikan telinga waktu mama hina perempuan yang Sayf cinta." - Sayf Arsalan Sayf kini terperangkap antara dua cinta. Seorang ibu yang melahirkannya dengan nyawa dan seorang wanita yang mengajarnya erti kehilangan dan ketabahan. Mampukah Sayf melangkah semula ke dalam cinta yang pernah mereka kuburkan bersama? Atau takdir itu hanya mempertemukan mereka untuk mengajarkan erti redha dan perpisahan?
ISTERI TUAN RIYAZ by qashard
16 parts Ongoing Mature
Mencintai, Lara Ezzara tidaklah sekadar lafaz yang terucap di bibir Riyaz Hanzalah. Dia, lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang, pernah menjanjikan cinta dan rindu untuk selamanya. "Abang akan buat apa saja untuk jadikan isteri abang, perempuan paling bahagia di dunia. Percayalah, cinta abang pada awak sampai syurga, sayang." ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 Tidak disangka, kebahagiaan Ezzara dan Riyaz sekejap cuma. Ezzara diuji dengan hebat, terseksa menanggung segala bebanan yang menghimpit, sengsaranya dia menepis segala hinaan. Lipatan kisah perih itu terselak atas kekhilafannya sendiri, Ezzara jatuh tersungkur di lantai takdir. "Kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut abang cuma menyakitkan hati, Zara?" ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀 Lelaki itu pernah berjanji, tapi janji itu lenyap. Dimamah oleh waktu dan dikhianati oleh lelaki yang pernah bersumpah setia, bersumpah akan menjaganya hingga ke akhir hayat. Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. "Melutut. Melutut dan cium kaki aku. Tunjukkan yang kau masih tahu dimana nilai kau sebagai seorang isteri, isteri yang hina!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 Itukah lelaki yang selalu Ezzara inginkan kembali? Ezzara telah terluka untuk kedua kalinya. "Lepaskan saya, Riyaz. Awak anggap jodoh kita sampai setakat ini saja." ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀 Enam tahun telah berlalu, berbekalkan hati yang terluka, dia pergi menghilang tanpa khabar. Riyaz menjadi seorang yang perindu, menagih simpati, pujuk rayu dan terus menerus menghukum diri. "...abang perlukan isteri abang. Janganlah hukum abang dengan rindu ini. Jiwa abang terseksa menanggung dosa! Abang merayu, abang melutut! Kembalilah, sayang!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 START: 1/1/25 END: -
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
37 parts Complete
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
60 parts Complete
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
You may also like
Slide 1 of 10
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover
Hero Dalam Irama | TERBIT cover
Sempurna Adanya Kamu cover
Takdir Yang Kembali | Editing cover
ISTERI TUAN RIYAZ cover
C | Love, Aish Rayhan  cover
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 cover
Anugerah Terindah [C] cover
𝐃𝐈𝐀, 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔 cover
Towards Raif Idris [OG] cover

Bawa Pergi Cintaku [TERBIT]

10 parts Complete Mature

BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa