Bawa Dia Kembali [TERBIT]

Bawa Dia Kembali [TERBIT]

  • WpView
    Reads 175,653
  • WpVote
    Votes 3,642
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadMatureComplete Tue, Mar 31, 2026
BAWA DIA KEMBALI BY VIEPIXXA Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia dipertemukan dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan untuk bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun, Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Ketika Nufa sudah mula belajar menerima takdir, dugaan melanda tanpa henti yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? "Sejauh mana pun dia pergi, tolong bawa dia kembali bersamaku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐃𝐈𝐀, 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
  • Love, Aish Rayhan | C
  • Anugerah Terindah [C]
  • ✅ My Half Cinderella
  • Cintai Aku. [ complete ]
  • Bawa Pergi Cintaku [TERBIT]
  • Hero Dalam Irama | TERBIT
  • Adakah Masih Ada Kita (Completed)
  • Pikat Hati Dia

Sequel Memori Terindah "Terima kasih untuk segalanya. Halalkan makan minum saya dan semua kasih sayang yang telah awak tumpahkan. Tasya cintakan Rafiq Isaac." Persatuan dua cinta secara tidak rela pada mulanya sudah berubah menjadi hubungan yang tidak berhenti menghangat saban hari. "Rafiq tu tak minat?" "Ish! Apa lah Athira ni. Tak nak lah, dah lah garang macam bapak singa. Jadi janda sampai tua pun tak apa asalkan jangan dengan dia. Malapetaka!" - Tasya Erina Bak kata orang jangan dibenci sangat nanti jatuh cinta. Itu lah yang terjadi pada Tasya Erina. Orang yang paling dia ingin jauhi telah ditakdirkan untuknya. "Kau nak apa sebenarnya? Kau nak duit aku? Kau perangkap aku sebab kau nak duit aku kan? Dasar mata duitan!" - Rafiq Isaac Lelaki itu tidak pernah bersangka baik terhadap Tasya bahkan ingin mengubah persepsinya bahawa wanita itu seorang yang jahat pun seakan mustahil. Namun apa boleh buat jika Allah sudah menuliskan perjodohan mereka. Akhirnya mereka disatukan tanpa ada rasa cinta. Baru ingin menyemai dan masih belum pasti jika hasilnya buruk atau baik. \\\\\\\\\\ "Jika ini yang terbaik, saya izinkan. Doa saya sentiasa mengiringi suami saya." "Rasa cinta ini takkan hilang meskipun jantung sudah berhenti berdetak." SLOW UPDATEEEEEE

More details
WpActionLinkContent Guidelines