Evara Myrlana | OG

Evara Myrlana | OG

  • WpView
    Reads 11,638
  • WpVote
    Votes 705
  • WpPart
    Parts 48
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Feb 11, 2026
Fiction
Romance
TRI-POV "Play the card, but don't reveal your cards" Menceritakan perjalanan hidup seorang Evara Myrlana yang penuh dengan lika-liku dan duka. Semuanya berpunca daripada fitnah orang mengatakan bapa kandungnya, Evrin ialah seorang pengedar dadah dan terbunuh ketika melarikan diri daripada ditangkap polis. Namun, keperitan hidupnya bertambah dengan kehadiran bapa tirinya, Hazrul yang merupakan sahabat baik kepada bapa kandungnya. Pada awalnya, mereka beranggapan kehadiran Hazrul merupakan sebuah keberkataan untuk menggantikan figur seorang ayah kepada Evara dan Emir. Malangnya, semua itu hanyalah sebuah angan-angan semata. Hazrul ialah seorang kaki botol dan suka berjudi. Emira dijadikan sebagai seorang hamba untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan Hazrul untuk bersenang-senang. Lelaki itu akan mengamuk apabila permintaannya tidak dilaksanakan. Dan apabila Qhaleef Al-Hendra kembali, dia turut menghadirkan kemanisan di dalam hidup Evara dan keluarganya. "I'll do anything to protect your family." Satu persatu rahsia mula terbongkar apabila sekumpulan gangster hadir ke rumah keluarga Evara untuk membawa gadis itu kerana dinyatakan Hazrul telah menjual anak tirinya untuk melunaskan hutang yang berpuluh ribu kerana berjudi. Untungnya, Qhaleef menjadi penyelamat keluarga itu. Lima tahun berlalu, entah mengapa secara tiba-tiba tiada lagi khabar tentang lelaki itu. Dia seolah menjauhkan diri daripada Evara tanpa sebab yang tidak pasti. Evara juga memilih untuk meneruskan kehidupannya tanpa seorang Qhaleef. Suatu hari, takdir menyatukan mereka kembali. Pertengkaran mula berlaku, masing-masing meminta penjelasan atas kehilangan hubungan mereka selama lima tahun ini. Mengapakah semua ini berlaku? dapatkah hubungan mereka bersatu kembali dan bagaimana mereka hendak menubuhkan bibit cinta di dalam hati masing-masing?
All Rights Reserved
#81
obsessive
WpChevronRight

Join the largest storytelling community

Get personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Till The Last Breath
  • Kau Lupa Janji [C]
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • GADIS ITU MILIK AKU
  • Nuh's Secret Wife [C]
  •  𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING
  • 𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!
  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • The Real Of Revenge

Areesha Hawani, seorang peguam berusia 28 tahun, sudah memiliki segalanya-firma guamannya sendiri, kejayaan, dan kebebasan. Cinta? Itu bukan keutamaannya. Namun, satu jemputan makan malam perniagaan mengubah segalanya. Dia tidak menyangka akan berdepan semula dengan Aryan Naufal-lelaki yang pernah menghilang tanpa jejak 13 tahun lalu. Kini, Aryan kembali dari Itali untuk mengambil alih syarikat pembangunan milik datuknya. Di mata dunia, dia seorang ahli perniagaan yang karismatik-tetapi hanya segelintir yang tahu tentang sisi gelapnya. "Fancy meeting you here Ms. Lawyer". - Aryan " If I had a chance, Mr. Aryan, you'd be the last person I'd want to see". - Areesha Luka lama berdarah kembali. Rahsia yang tidak pernah terungkap mula menghantui. Dan apabila takdir mempertemukan mereka semula, mampukah Areesha menafikan perasaannya yang masih bersisa? "Kalau aku sedar lebih awal, kalau aku lawan semuanya demi kau, mungkin kita takkan sejauh ini, Esha." - Aryan "Tak ada gunanya menyesali masa lalu, Aryan. Kalau ini takdir kita, kita hanya mampu percaya... bahawa setiap kehilangan pasti ada hikmahnya." - Areesha Cinta tidak pernah semudah itu. Tidak apabila rahsia masih menghantui, tidak apabila rasa bersalah dan penyesalan terus menghimpit. Dan tidak apabila waktu semakin kejam, meragut peluang yang mereka miliki. Kerana kadang-kadang, cinta bukan soal memiliki-tetapi soal merelakan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines