His Greatest Property | REVAMP

His Greatest Property | REVAMP

  • WpView
    Reads 1,130
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 9
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jun 4, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Sejauh mana pun dia mencuba untuk menjauh, takdir tetap mempertemukan mereka. Ammara Mikayla tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan seseorang yang dia tidak mahu ingati bahkan bertemu lagi setelah dia sudah bersusah payah pergi jauh dari hidup jejaka itu serta melupakannya.. dengan terpaksa. Seseorang yang diberi nama Muhammad Amsyar Mijwad. Ammara berusaha mengubah dirinya menjadi lebih baik seiring dengan usahanya membuang Amsyar dari ingatannya. Tetapi, Amsyar muncul kembali di hadapan matanya. Amsyar muncul bukan sekadar untuk menunjukkan bahawa dia sudah berubah, tetapi dengan niat yang ikhlas untuk meyakinkan Ammara bahawa dia sudah berubah. "Kenapa kau muncul balik?" -Ammara Mikayla- "Sebab aku nak yakinkan kau yang aku dah berubah" -Muhammad Amsyar Mijwad- Dia telah berubah menjadi insan yang lebih matang dan bertanggungjawab, mahu membuktikan bahawa masa lalu bukan penentu masa depan. Namun, bukan mudah untuk meyakinkan Ammara. Perubahan yang dialaminya perlu dibuktikan dengan kesungguhan, kesabaran, dan kejujuran yang tulus. Amsyar tidak hanya berjuang untuk membuktikan dirinya layak, tetapi juga untuk menjaga batas dan adab dalam hubungan mereka, memastikan setiap langkah yang diambil adalah dalam kerangka syariat. Dia memahami bahawa untuk memiliki Ammara, bukanlah kata-kata manis yang diperlukan, tetapi tindakan yang tidak terburu-buru dan niat yang ikhlas. His Greatest Property bukan sekadar kisah yang dibina semula, tetapi sebuah pengembaraan jiwa yang penuh dengan ujian kesabaran dan keikhlasan. Cinta yang sebenar bukan hanya soal perasaan, tetapi tentang memelihara hati, menjaga amanah, dan mencari reda Ilahi dalam setiap langkah. Di tengah segala rintangan, Ammara dan Amsyar berusaha membina sebuah hubungan yang kukuh berdasarkan kepercayaan dan penghormatan, dengan harapan agar cinta mereka bukan sekadar milik dunia, tetapi juga bekalan akhirat.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dia, Mimpi Sempurna (Completed)
  • Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]
  • DIAN UNTUK DIANDRA |  TERBIT
  • Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
  • Dia Cinderella Amanda [TERBIT]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • Andaikan Cinta Itu Ada
  • Stay With Me? ✔

Aleia Irdina seorang anak tunggal yang sentiasa dengar permintaan mamanya. Bagi Leia, mama adalah kunci syurganya. Mama jugalah segala-galanya buat Leia. Jadi dia harus sentiasa membahagiakan mamanya. Sehingga diminta kahwin dengan pilihan Puan Lailatul juga, Leia masih turuti walaupun dia terpaksa. "By hook or by crook mama nak Leia kahwin dengan anak kawan mama."- Puan Lailatul. Begitulah sifat Puan Lailatul. Tegas. Namun dia masih seorang yang penyayang kerana Leia adalah satu-satunya harta yang paling beharga arwah suaminya tinggalkan untuknya. Dia juga kadang kala sebersalah mahu menyuruh anaknya turut segala permintaannya. Namun dia juga terpaksa. Demi kebaiakan Aleia. "Mama! Habis kalau Leia tak berkenan, Leia boleh putuskan pertunangan? Tapi rasanya takkan boleh kan. Mesti mama dah atur majlis kahwin untuk Leia pula selepas ini."- Aleia Irdina Dijodohkan dengan Umar Arshah, iaitu jejaka yang pernah dia selamatkan. Tidak Leia menyangka yang mamanya menjodohkannya dengan Shah. Leia pada awalnya memang telah jatuh suka dengan perangai Shah ketika kali pertama mereka bertemu. Dan takdir menemukannya kembali. "Leia berkenan dengan pilihan mama. Boleh cepatkan sikit tak majlis kahwin Leia?"- Aleia Irdina Namun setiap hubungan yang tercipta pasti bakal ada badai yang melanda. Tatkala rahsia yang disimpan oleh Shah tersingkap. Leia ragu-ragu dengan takdir hidup yang dia pilih. "Pergilah kejar bahagia awak sendiri." - Umar Arshah. Benarkah pilihan mama menjadikan Umar Arshah sebagai suaminya? Leia sendiri keliru. Apakah bahagia yang Leia cari? Nantikan kisah perjalanan hidup Aleia Irdina dan Umar Arshah dalam coretan "Dia, Mimpi Sempurna".

More details
WpActionLinkContent Guidelines