Guardian of the vampire *Malay

Guardian of the vampire *Malay

23.1K Reads 1.4K Votes 11 Part Story
ArielleAurora By ArielleAurora Completed

"Mereka dah hampir.Airene dalam bahaya.Kita kena buat sesuatu.Kalau tak...." berat bagi Rowene untuk meneruskan kata-katanya.

"Tapi macam mana mereka boleh jumpa kita? Mustahil mereka dapat menembusi sihir dinding perlindungan?" tanya Meris.Raut wajahnya jelas kebimbangan.

"Tiada apa yang mustahil.Mereka semakin kuat aku dapat rasakan ilmu hitam dalam dirinya.Penuh dendam dan kegelapan.Airene hampir berusia 16 tahun.Semakin mudah untuk mereka merungkai sihir kita."

"Apa perlu kita buat?" tanya Meris cemas.

"Aku akan pergi ke Mierland untuk mencari seorang penjaga. Airene perlukan penjaga untuk melindungi dirinya.Kita kena buat persediaan awal. Aku akan bertolak hari ni. Kita tak boleh lengahkan masa. Aku akan pulang secepatnya." balas Rowene tergesa-gesa sambil menyiapkan keperluannya untuk berangkat ke Mierland. Walaupun usianya sudah lanjut. Namun digagahkan jua tenaga untuk melindungi cucu tersayang. Pewaris vampirene.

No comments listed yet.