Sofea Xenia

Sofea Xenia

  • WpView
    Reads 488,418
  • WpVote
    Votes 13,130
  • WpPart
    Parts 58
WpMetadataReadComplete Sun, Mar 2, 2025
Sofea seorang isteri yang digantung tak bertali. Terpaksa bekerja mencari rezeki demi si kecil, harta yang suami tak dipintanya tinggalkan. Hidup sebagai seorang ibu muda bukanlah sesuatu hal yang mudah. Empat tahun terpaksa menadah telinga mendengar hinaan orang sekeliling. Wanita murah? isteri malang? perempuan tak ada harga diri? Gelaran itu sudah berkali-kali didengarnya sampai dia jadi lali. Demi si kecil yang semakin meningkat dewasa, dia sanggup berpenat lelah asalkan si kecil tidak menerima nasib yang sama sepertinya. Sangkanya dia sudah bahagia dengan si kecil, rupanya suami tak dipintanya muncul kembali menginginkan dia untuk hidup bersama. Sofea menolak. Setelah pahit yang dia tempuh beberapa tahun ini, mudahnya lelaki tak guna itu inginkan dia semula. Tidak! Tidak akan! Sofea tidak akan semudah itu menerima Caden Elhasiq dalam hidupnya semula. Post : 25 Jan 2025 Completed : 02 Mac 2025
All Rights Reserved
#334
romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • HIS MAFIA SIDE [C]
  • SAF | SYED AEDEN FAYYADH [C]
  • Satu Tahun Tanpa Cinta
  • CINTA UNTUK KANDA
  • Luth Mikhael { C } [ Ebook CS]
  • mrs. isteri | ✓
  • UZAIR : KALI KEDUA (C)
  • MR. ASH SEBELAH RUMAH
  • KERANA TERPAKSA AKU TERIMA
  • Raz - Sekali Lagi Cinta [C] (The Men Series : Book 1) [Bakal Terbit]

"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?

More details
WpActionLinkContent Guidelines