Clarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar.
Satu hari, dia hampir dilanggar kereta dan diselamatkan oleh Elhan Al-Maleeq, seorang doktor yang sangat dihormati.
Walaupun Elhan menjauhkan diri, Humra terus mengejarnya tanpa rasa segan. Ketika Elhan menolak perasaan Humra dan memanggilnya 'Mawar', dia bingung dan tidak tahu kenapa.
"Awak, saya suka awak." Clarissa Humra
"Jangan suka aku." Elhan Al-Maleeq
"Awak gay ke?" Clarissa Humra
"Balik Mawar." Elhan Al-Maleeq
"Mawar? Kenapa awak panggil saya Mawar?"
Ketika Humra menghilang dari hidup Elhan, barulah dia menyedari perasaannya terhadap gadis itu. Setelah mencari-cari, mereka bertemu semula di hospital, di mana Humra kelihatan lemah akibat kemerosotan kesihatan ibunya yang menghidap kanser payu dara.
Dalam saat-saat penuh emosi ini, Elhan menawarkan perkahwinan untuk menjaga Humra, membuatkan gadis itu bingung dengan tawaran tiba-tiba.
"Lama aku cari kau Mawar. Kau pergi mana?" Elhan Al-Maleeq
"Kenapa cari saya? Awak tak suka saya kan?"
"Mana kau tahu aku tak suka kau?" Elhan Al- Maleeq
"You suffered enough lady, it's time to let go what's hurting you." Elhan Al-Maleeq
"Marry me Mawar. Biar aku jaga kau." Elhan Al-Maleeq
Konflik semakin rumit apabila musuh terdekat ibunya muncul, berusaha merampas harta keluarga mereka dan menambah tekanan dalam hidup Humra dan Elhan.
"Selagi kau hidup, selagi itu aku tak dapat apa yang aku nak!"
( my first book )
- I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE -
-----------------------------------------------------------
Dejavu. Itulah yang Rania Antasya rasakan sekarang. Sejak dia bangun daripada koma dia merasakan dia kehilangan sesuatu. Tetapi apakah ia? Ataupun ianya sekadar mainan tidur? Ataupun hanyalah ilusinya sahaja?
Ibunya mengatakan mungkin dia hanya bermimpi. Mimpi yang indah menyebabkan dia susah mahu bangun daripada komanya. Menyebabkan dirinya rasa kekosongan.
Lama kelamaan dia merasakan apa yang ibunya kata adalah benar. Mungkin dia terlalu banyak membaca novel menyebabkan dia hanyut dan tidak dapat membezakan yang mana realiti dan yang mana ilusi.
Dia memulakan hidup rutinnya seperti biasa setelah keluar daripada hospital. Tiba tiba muncul seorang lelaki mengatakan dia mahu melamar Rania Antasya. Musykil. Hairan. Pelik kerana kesemua ahli keluarganya menerima lelaki itu dengan begitu mudah.
Dia tekad dia tidak akan mengahwini lelaki yang dia tidak tahu daripada mana dan tiba tiba muncul dalam hidupnya. Ini bukanlah sesuatu yang dia inginkan! Dia muda dan ingin menjadi seorang wanita yang bekerjaya.
Jadi dia akan melakukan apa sahaja untuk menolak lelaki itu. Dia bukanlah seorang wanita yang mudah.
"Rania look, saya tahu semua ni tiba tiba untuk awak dan mungkin susah untuk awak nak terima semua ini"
"But boleh awak beri saya peluang untuk kenal diri awak dan buka hati awak untuk kenali diri saya? Saya tak minta banyak just right now saya perlukan masa dan ruang awak sahaja"
Jadi adakah Rania akan menerima lelaki itu setelah mendengar luahan tersebut? Atau Rania masih dengan hati batunya?
Start : April 2023
End :