ENCIK JOKER
Senyumannya manis. Matanya kosong.
Joe Daniel, lelaki yang digelar Encik Joker, tak pernah sama setiap hari. Hari ini dia baik, esok dia sweet, lusa dia menyeramkan. Dan bila "penyakit"nya datang, tiada siapa yang selamat.
Aryana Rose cuma gadis biasa yang bekerja di kedai bunga, tinggal bersama ibu dan adiknya, Aryan. Tak lama lagi, dia bakal bergelar isteri kepada Afzal, lelaki yang disangkanya paling sempurna.
Sehinggalah Joe muncul dan merampasnya, beberapa hari sebelum hari bahagianya.
Dikurung di rumah agam lelaki itu, Aryana belajar satu perkara: setiap peraturan Encik Joker ada harganya. Bila dia cuba lari, Joe ada cara lain untuk mengikatnya selamanya.
Tapi Joe bukan satu-satunya yang bermain api. Sofea sanggup buat apa sahaja untuk memiliki Joe, dan Afzal tak seperti yang Aryana sangka.
Ada rahsia lama yang bakal mengubah segalanya.
"Larilah sejauh mana pun, sweetheart. Kau tetap milik aku."
Dark romance | Thriller | Plot twist
Amaran: mengandungi tema gelap (penculikan, keganasan, isu kesihatan mental).