Bila Hati Kata Cinta

Bila Hati Kata Cinta

69.8K Reads 1.8K Votes 30 Part Story
Kak Ira By irahadeera Updated Nov 26

Disebabkan fitnah yang bakal mencalarkan imej keluarga, Hani Suraya, seorang anak kepada jutawan terkenal terpaksa disatukan dengan seorang pekerja stesen minyak Pretonas iaitu Ridhwan. Rahsia perkahwinan mereka masih tersimpan utuh daripada pengetahuan sesiapa termasuklah Qila dan boss Hani yang gatal iaitu Daud sendiri. 

Benarlah orang kata, bukan semua episod akan menjadi manis. Ketika dilamun cinta dan di dalam proses mengenal hati budi masing-masing, Hani dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Ridhwan dan Qila. Qila yang lumpuh buat sementara waktu memaksa Ridhwan untuk bertanggungjawab ke atas dirinya dengan menjadikannya sebagai isteri nombor dua kepada Ridhwan. 

Masihkah ada sedikit ruang untuk Hani memutikkan kembali bunga-bunga cinta buat suaminya walaupun hati dilukai? Akan terbongkarkah rahsia di sebalik penipuan Qila untuk merampas Ridhwan daripada Hani, rakan baiknya sendiri? Ketika Daud hadir untuk melamarnya, akankah Hani memutuskan hubungannya dengan Ridhwan semata-mata untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki? 

"Lepaskan... aku sudah tak mampu."

ain_nur ain_nur Nov 24, 2014
serius seronok gile bile start baca chapp yg ni... :)
                              update lagi ok :D