Status: complete
(Previous title: Her Beautiful Consolation)
Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri
[Karya ketiga dari snowdreamm]
Blurb:
Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini.
"Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah
"Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri
Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi.
Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya.
"Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri
Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya.
"Hayr, isteri kamu sebenarnya..."
Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu.
"Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah
Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh?
Start date : 8/9/2023
End date : 1/11/2023
[COMPLETE] 4th story
Song : Somebody's Pleasure by Aziz Hedra
Kau, pengubat hati dikala lara menghempap dada. Bicara dan tingkah laku kamu sentiasa buatku tenang walau hanya sementara saja.
Namun, saat jantung ini berdegup laju kerana kamu, mengapa sesakit ini ayat yang kau lontarkan buatku?
"Tapi kenapa saya? Ramai lagi kan lelaki lain yang ada dalam dunia ni?" -Mohd. Asyraaf Hafeez
Ku terlanjur menyayagimu. Tapi kau yang lebih dulu hadirkan rasa itu.
"Andailah lelaki lain pun boleh buat sayang Sya pada mereka sama macam sayang Sya pada Raaf. Sya tak akan pilih Raaf." -Hirsya Qaila
Sulit bagiku untuk hilangkan bayangmu. Betapa Hirsya berharap andai mereka tak pernah bertemu. Namun akhirnya, takdir pertemukan mereka kembali setelah Hirsya menamatkan pengajiannya. Pelbagai perkara yang terjadi hingga membawa mereka ke alam perkahwinan.
Tapi tiada rumah tangga tanpa adanya ujian. Mereka diuji dengan sesuatu yang berada di luar jangkaan iaitu berbantukan bantuan jin dan syaitan yang hampir merobohkan ikatan yang terbina.
Tetapi mampukah mereka pertahankannya?
Started : 2/10/2023
End : 11/5/2024
❗No copyright are allowed.
❗100% based on my own idea and I am not copying any other author.
❗ Tidak dibenarkan meninggalkan sebarang kata kesat di ruangan komen.