[The Zandero's Family] [Stand Alone Series] Lima tahun lalu, lima tahun yang cukup sukar baginya. Dalam tempoh lima tahun itu, dia menempuh pelbagai cabaran yang dia cukup letih dan lelah untuk mengharunginya. Lari dari rumah, kerana tidak mahu teruskan legasi haram datuknya. Masuk penjara atas kesalahan palsu. Hilang harta. Hilang rakan mahupun keluarga. Tiada tempat mengadu, tiada tempat berlindung, dia buntu. Pertemuan kembali dengan Ryan Taqris menyebabkan dia tersangkut dalam memori hitam bersama jejaka itu lima tahun dulu. Hidupnya makin bercelaru apabila... "Marry me Dalisha. Saya nak tebus kesalahan saya lima tahun dulu." -Ryan Taqris- Lamaran itu. Dia tahu, kalau dia terima, tidak ubah seperti dia bawa seseorang melalui ke alam pertumpahan darah untuk mati pada akhirnya. Walaupun dia benci Ryan atas apa yang jejaka itu telah lakukan, dia tetap tiada niat ingin bahayakan jejaka itu dengan masalah keluarganya. Dia tahu datuknya tidak akan berdiam diri kerana dia lari dari meneruskan legasi haramnya begitu saja lima tahun lalu. Dia tahu datuknya masih sedia memburu. Untuk keselamatan yang lain, dia larikan diri ke negara Korea, selama tiga tahun dia hilang tanpa jejak . Namun, dia tidak sedar yang cinta Ryan untuknya cinta mati. "R... Ryan.." -Dalisha Diandra Zandero- Disaat dia hampir mati pada malam musim bunga itu, Ryan yang menjadi penyelamat hidupnya. Mungkin benar Ryan pernah salah dulu. Tidak salah kalau dia beri peluang. Tetapi, hampir saja mereka lupa yang nyawa mereka akan melayang sekiranya terleka. Setiap hari, jam, minit dan saat mereka perlu kekal berjaga jaga. Mampukah mereka menjalin kebahagiaan bersama? Tumpaskah musuh mereka nanti? Genre: Romance, Action, Thrilled, Suspense