[THE TRUST BREAKER] βWelcome to El Castillo, milady.β Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikhabarkan tukang ramal istana yang dia satu-satunya gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan Crown Lord Ochumadora membuatkan dia tertanya-tanya. Siapa dia sebenarnya? βKenapa kau khianat?β Satu demi satu ujian dia hadapi selepas bergelar seorang isteri dan maharani. Namun, dia alpa kerana cinta. Hakikatnya, dia hanyalah boneka dalam permainan takdir. βKalau Tuanku nak selamat, Tuanku kena ikut patik. Cepat!β Masa itu tiba. Kebenaran di sebalik penipuan yang tidak dia sangkakan terungkai. Semua persoalannya selama ini terjawab dengan sebuah pengakuan yang menyayat hati. βJangan lupa sampaikan salam sayang dari adindanya ketika kamu bertemu nanti.β Mampukah dia mengubah takdir hidup yang diatur untuknya?
More details