3 BULAN [nuril bahanudin]

3 BULAN [nuril bahanudin]

204K Reads 6.1K Votes 36 Part Story
Allah By Sarah_SHS Updated Sep 08, 2015

Tiga bulan bukannya kontrak cinta, bukan juga kontrak perkahwinan kerana dalam perkahwinan tak pernah wujudnya istilah kontrak. Kemalangan yang tanpa diduga mengakibatkan Nuriz terikat untuk bekerja dengan Wan Nazariel selama tiga bulan demi melangsaikan hutangnya kepada lelaki itu.

Nuriz : "Wait... wait. Saya mana ada duit sebanyak itu. Kalau RM30.00 ada la."

Wan Nazariel : "RM30.00 tu buat apa? Kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah? Aku tahu kau mesti tak mampu nak bayar punya. Tu la, lain kali jangan berlagak dengan aku ni. Okeylah. Kalau macam ni, senang cerita kau kerja dengan aku untuk tiga bulan sebagai ganti rugi kereta aku tu. Jadi budak hantar surat. Kebetulan dispacth kat opis aku tu pun baru aku pecat."

Dalam tempoh tiga bulan kontrak bekerja dengan lelaki itu, bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi. Kena 'layan' kerenah Dorina, si receptionist yang tergila-gilakan Wan Nazariel dan juga perangai Wan Nazariel yang sukar diduga itu.

Kemudian, pertukaran status dirinya daripada 'Cik' kepada 'Puan' dalam keadaan tanpa dirancang ditambah pula dengan kehadiran Zefrul Arham, betul-betul mengucar-ngacirkan hidup Nuriz. Mujur ada sahabat baiknya, Mirna yang sering menjadi penguat semangatnya bila dia hampir putus asa.

Agak-agaknya berjayakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulan itu untuk melangsaikan hutangnya kepada Wan Nazariel dalam keadaan kesabarannya sering diuji oleh kerenah lelaki itu?


~ nuril bahanudin ~

snsbhn snsbhn Aug 11, 2015
nak tanya sikit.. awak ada minta izin nak tulis balik cerita ini atau.. awak penulis sebenar buku ini?