Harraz yang tidak suka dibebankan atau membebankan orang. Dingin dan tak berperasaan. Seorang workholic, dia hanya memikirkan tentang kerja sampai tiada masa untuk memikir kehidupannya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya tentang hubungan apalagi berkahwin. Bagi Harraz berkahwin hanya membuang masa. Untuk beristeri, tanggungjawabnya lagi besar, mana nak tanggung dosa isteri semua. Dan jawapannya, tidak. Dia tidak kisah orang menganggap nya gay, itu hak mereka untuk melihat dia dari sudut pandangan mereka. Mawar gadis yang tabah. Kisah hidupnya yang cliche. Haus kasih sayang seorang ayah. Mawar dikejutkan dengan papa yang tiba-tiba sahaja inginnya berkahwin. Mawar tak tolak, dia terima. Mawar tidak boleh menolak, dia tahu kalau dia tolak pinangan itu papa akan kecewa. Walaupun Mawar tak pernah dibelainya, tapi sayangnya Mawar terhadapan Papanya tiada penghujung. Dia tidak akan pernah berputus asa untuk ambil hati yang lama tertutup untuk dirinya. Dan mula lah satu perjanjian yang di ciptakan mereka bersama. Saya janji kalau benda tu akan terjadi, lepas Setahun kita cerai". -MAWAR- "Apa kita buat ni salah.. kau tak boleh buat semua ni untuk kepentingan kau Mawar.." -HARRAZ- "Saya merayu kat awak, tolong lah.. kali ni je.. saya janji sekali je kalau masih takde rezeki, saya serah segala keputusan kat awak... Kalau awak nak kita berpisah sekali pun saya akan setuju... Saya pegang janji saya". -MAWAR- "Sorry but i can't..." -HARRAZ- Bermula dengan perjanjian,hidupnya mula berubah. Pokok yang lama gugur daunnya kian melebat. Saat satu nyawa yang mula hadir dalam tubuhnya pintu kebahagian mula terbuka kembali buat Mawar. Tapi tidak di sangka kan apabila rumahtangga yang baru di bina Hancur sekelip mata. Rahsia yang tersimpan rapi terbongkar di antara mereka. Mampukah 'mereka' memiliki bahagia yang dibina kembali bersatu?. Hehe, kalau rasa cerita ni 'cliche' jangan la baca (. ❛ ᴗ ❛.).