⚠️ known before as @Mrs Arfan Daniel❗
***
COMING SOON EBOOK!
***
Second book of '𝒯𝒽𝑒 𝒮𝑒𝓇𝒾𝑒𝓈' 🌸
-
WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI.
Arfan Daniel,
Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begitu sahaja.
Namun, Arfan merupakan seorang pencinta sejati, saat bibirnya menuturkan "abang akan bertanggungjawab", ditunaikan kata-kata tersebut.
Cintanya ikhlas, ikhlas buat seorang ratu yang sentiasa bertakhta di hatinya.
Marisa Hani,
Benci menjadi satu-satunya perkara yang tersemat di hati Marisa buat lelaki bernama Arfan. Dirogol, dimarahi, ditengking, dikawal malah hubungannya dengan lelaki yang dicintai turut hancur kerana Arfan.
Namun, takdir tetap takdir. Kalsom, ibu kepada Arfan meminta Marisa untuk menerima Arfan sebagai suami. Tanda "bertanggungjawab" ke atas perbuatan memalukan Arfan.
Marisa sangkakan Arfan akan menyakitinya seperti selalu namun sangkaannya meleset disaat, dirinya dijaga tidak ubah dari seorang ratu. Malah, disaat lelaki itu tidak mempunyai segalanya, Arfan rela memberi nyawanya demi kebahagiaan Marisa.
Sikap Arfan melembutkan sekeping hati Marisa. Muncul satu perasaan aneh, cinta? Ya, Marisa cintakan Arfan.
Di saat bahagia muncul di dalam perkahwinan mereka, rumahtangga mereka diuji. Hubungan mereka diuji.
Hati Marisa hancur di saat mengetahui Arfan bakal menikahi wanita lain, segala janji lelaki itu hanya sekadar menanam tebu di bibir. Marisa kecewa, segera diri dibawa pergi bersama anak yang baru lahir jauh dari pandangan Arfan.
Setahun berlalu,
Takdir mempertemukan mereka. Arfan segera melutut merayu namun Marisa tidak peduli. Hatinya mati setelah kejadian setahun lalu.
"Abang.. Mohon sayang dengar penjelasan abang."_ARFAN DANIEL
Berjayakah Arfan melunturkan kembali hati sang isteri untuk kembali kepada dirinya?
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi.
Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuang keluarga.
Muncul pula Hayyan, seorang lelaki yang tanpa sengaja masuk ke dalam hidupnya. Lelaki menyakitkan hati yang terlalu mencari kesempurnaan.
"Kahwin dengan aku. Aku boleh bawa kau keluar dari dunia sadis kau." - Hayyan.
Itu janji yang dikatakan Hayyan. Mereka berkahwin bukan dasar cinta. Wardina hanya inginkan tempat bergantung. Hayyan pula ingin lari daripada rancangan jodoh Hajah Fatima.
Perkahwinan mereka hanya bedasarkan syarat. Kalau dah duduk sebumbung, sebilik, takkan tiada apa apa perasaan suka yang menyelinap masuk ke dalam hati masing-masing?
"You promised me, Hayyan and then you left.
You left." - Wardina
Start : 23 October 2021
End : 11 August 2022