1 part Ongoing Nadzran, seorang pelajar universiti berusia 23 tahun, hidup dalam dunia yang biasa - kelas, kawan, dan dejavu yang tidak pernah dia faham. Dia bukan sesiapa... kecuali untuk satu keistimewaan yang tak dapat dijelaskan: segala yang dia bayangkan, perlahan-lahan menjadi kenyataan.
Tanpa dia sedari, kemampuan itu menarik perhatian sebuah organisasi teknologi gelap bernama AUREUS - syarikat penyelidikan rahsia yang berusaha mencipta dunia mistik menggunakan kuasa manusia yang memiliki imaginasi luar biasa.
Diculik dan dijadikan bahan eksperimen, Azran terperangkap dalam projek rahsia: teknologi yang mampu menjelmakan dunia fantasi terus dari minda. Di bawah tekanan, kesakitan dan kerinduan terhadap kebebasan, Azran akhirnya melepaskan kuasa yang tidak dapat dikawal - dan dengan itu, dunia pun berubah.
Realiti kini terbalik. Dunia yang pernah hanya wujud dalam bayangan kini menjadi nyata. Kota terapung. Makhluk legenda. Undang-undang baru yang tidak tertakluk pada sains atau logik. Namun hanya Azran tahu kebenaran: dunia ini adalah ciptaannya, dan dunia lama... sudah tiada.
Kini, dia bukan lagi mangsa. Dia adalah pencipta. Tapi mampukah dia bertanggungjawab terhadap dunia yang dia sendiri tidak faham?