【C】SABAR SEORANG LELAKI

【C】SABAR SEORANG LELAKI

  • WpView
    Reads 42,940
  • WpVote
    Votes 2,456
  • WpPart
    Parts 88
WpMetadataReadComplete Wed, Aug 6, 2025
Fiction
Social Themes
Abuse and Trauma
Discrimination and Bullying
Illness
『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar adalah sahabatnya dan tabah adalah kekasihnya. Hatinya kental, keras dan cekal dek sejarah hitam asal usulnya. Sejarah bagaimana dia boleh terbentuk dalam rahim sang ibu. Hinaan dan cacian sudah cukup sebati dalam diri. "Anak haram ke anak sial ke sama je." "Baik mati dari malukan keluarga." Dia hanya seorang insan yang mahukan kasih sayang keluarga. Bukan seorang yang tidak punya hati saat dipijak oleh manusia apatah lagi dari manusia bergelar ayah yang membuatnya lebih menderita. "Kau patut bersyukur aku simpan kau dalam rumah ni. Kalau aku buang kau, pengemis pun jijik nak tengok kau." - Tan Sri Azmi Ya, hidup Adam tak ubah seperti anjing jalanan! ᚔ Adam dipaksa berpindah ke sekolah paling kaya di Malaysia yang cuma pentingkan nama dan pangkat. Pembohongan status sebenar keluarganya membuat dirinya dibuli agak teruk. Tetapi, dia akan pastikan kehidupan peribadinya tak terjejas. Rahsianya akan sentiasa tersimpan rapi. Namun hanya kerana satu peristiwa, Adam mengambil peluang membantu mangsa buli yang lain. Lebih aneh, mereka mahu Adam yang tak mahu terlibat dengan sesiapa menjadi teman mereka. "Boleh tak kalau Fiqri nak kawan dengan Adam?" - Fiqri "Awak lelaki kan? Saya perempuan! Kita boleh jadi kawan." - Tiara "Aku nak kawan dengan kau. Betul!" - Nayli "Aku nak jadi kawan kau." - Lukman Tetapi, adakah hidup Adam Daniel akan sentiasa lancar di sekolah itu? Bagaimana hubungan persahabatan mereka jika sejarah hitam di sekolah lama membuat Adam sukar percaya pada sesiapa? Dan, adakah rahsia Adam akan sentiasa terkubur? Akankah muncul kebahagian buat Adam setelah sekian lama lelaki berjiwa sabar ini menderita? Brain: Be patient Heart: Until when..?
All Rights Reserved
#198
dera
WpChevronRight

Join the largest storytelling community

Get personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Mr. Arrogant |Hiatus|
  • Bukan Sekadar Cinta
  • TETAMU [C]
  • First Love Or Last Love
  • Awak Ada Saya!
  • My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
  • Janji Untuk Selamanya
  • Perempuan Bidadari Syurga
  • CIÙINEAS
  • HELLO, KESAYANGAN ! (TERBIT: CINTA AD & FAR)
  • C |  DEAR MY CRUSH ✓
  • DENDAM
  • Aku Dengan Kau ✔
  • Catatan kisah kita (E-BOOK)
  • Bahagia Tak Sempurna ©️
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • KIDULT [OG]
  • Takdir Itu Milik Aku
  • DANI DAN SHAM

📝first story Liana merupakan pelajar uni biasa yang tinggal bersama kawan-kawan nya, dikeranakan assignment project nya dia dikenalkan dengan lelaki yang di anggap bala untuk nya iaitu Adam, lelaki yang sombong dan kasar. ayah Adam merupakan lelaki berjaya yang mempunyai syarikat yang laris, sudah tentulah Adam tergolong dalam kalangan orang-orang yang statusnya lebih dari kata mampu, dia selalu menjadi incaran gadis-gadis kerana status dan rupanya. Adam bersikap dingin sejak orang-orang hanya ingin mendekati nya kerana rupa dan status nya sampailah dia bertemu Liana. "Kau ni gila la Adam, macam mana boleh tersuka dekat dia ni?" Adam heran dengan diri dia, tapi realitinya dia memang tak boleh nak tipu perasaan dia dekat Liana. Dia dapat lihat sosok arwah ibu dia dekat diri Liana, walaupun Adam tahu susah untuk nak dapatkan hati Liana, dia tetap berdegil untuk cuba. Tapi sejak ayah Adam buat perangai, semuanya jadi mustahil untuk Adam. "Aku patut gembira yang dia dah lenyap dari hidup aku tapi.. kenapa rasa macam aku kehilangan sesuatu dalam hidup aku?" -Liana. "Semua pasal kau masih tersimpan dalam ingatan aku, aku takkan lupakan kau sampai kau jujur dengan perasaan kau" -Adam. Hancur. Dibenci. Disalahkan. Orang yang tak berguna. Pesakit sakit jiwa. "Kenapa tiba-tiba muncul lepas hilang macam kena telan bumi? Aku tak kenal kau, kau pun tak kenal aku so let's just continue be stranger, after all kita kan memang stranger sepanjang 5 tahun ni."-Liana. "Tolong jangan sebut pasal dia dah, you know nothing.. Dia meninggal for almost one year now, don't act like you care if you actually don't." "Semua benda akan terungkap Liana, tolong let me be your lawyer and proof them you're not wrong.. at least for once aku nak tebus maaf aku dan tunjukkan kebenaran." "At what cost? orang nya pun dah tak ada.. even everyone already disappointed because of me."

More details
WpActionLinkContent Guidelines