Story cover for Terima Kasih Derita [TERBIT] by emma_zar4
Terima Kasih Derita [TERBIT]
  • WpView
    Reads 35,600
  • WpVote
    Votes 1,253
  • WpPart
    Parts 20
  • WpView
    Reads 35,600
  • WpVote
    Votes 1,253
  • WpPart
    Parts 20
Complete, First published Mar 19, 2020
BLURB:

Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah.

Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! 

"Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! - Irfan Sufyan

"Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!" - Afeeya

Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci.  Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda... jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya.

Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?
All Rights Reserved
Sign up to add Terima Kasih Derita [TERBIT] to your library and receive updates
or
#129melodrama
Content Guidelines
You may also like
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] by by_asmirose
130 parts Complete
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?
IMPERFECT MEMORY by LiyaaLyn
68 parts Complete
UNEDITED VERSION !!! Aza Qarizh x Nurain Medina "Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?" Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu terlebih dahulu pergi menghadap ilahi. "Who are you?" - Nurain Medina. "Who am I?" - Aza Qarizh. Munculnya lelaki bernama AZA QARIZH membuatkan perasaan Nurain Medina berbelah bahagi terhadap Qash Arsyad Ikhtiari. Dengan sifat dingin dan melindungi Nurain Medina membuatkan gadis itu merasakan sesuatu di dalam hatinya. "I am Aza Qarizh." Aza Qarizh. Seorang lelaki yang tidak dikenali meminta bantuan Medina untuk pulihkan ingatannya. Tapi, mana mungkin? Mereka langsung saling tidak mengenali apatah lagi memori bersama. "Mustahil kau tak kenal aku. Kalau tak macam mana gambar kau boleh ada dalam phone aku?" -Aza Qarizh "Tapi itu tidak bermaksud yang dulu kita kenal satu sama lain!" -Nurain Medina Bengang dengan Qarizh yang keras kepala, Nurain Medina tekad untuk membantu walaupun dia masih buntu dengan cara apa yang harus dia pakai untuk pulihkan ingatan lelaki itu. Bermula atas dasar niat untuk menolong beralih menjadi sepasang suami isteri yang saling mencintai. Saat hati saling memerlukan, ikatan janji terlakar. "Janji jangan tinggalkan Medina?" "Aku janji." Janji telah dimetrai. Namun siapa sangka sebelum ini sebenarnya lelaki itu telah bekeluarga! Sudah mempunyai seorang isteri yang dia tidak tahu dimana keberadaan isterinya sehingga bertekad untuk tinggalkan Nurain Medina. Dunia kejam? Kerana ini hanya tempat persinggahan sementara kawan. Start: 221222 End: 041125 cover by : @tsweetestrain #1 in action - 11/3/2025 #1 in love - 18/3/2025 All right reserved © LiyaaLyn
Sincerely Love ✔️ by pinky_authora
76 parts Complete
DELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi pembakar semangat untuk dia terus hidup. Namun pertemuannya dengan seseorang lelaki misteri dalam hidupnya sedikit sebanyak telah mengetuk pintu hatinya. "Kenapa awak selalu ada ketika saya dalam kesusahan?" "Sebab saya ikut gerak hati saya." Saat-saat cinta mula berputik, semakin banyak pula dugaan yang datang. "Saya buta dalam menilai cinta awak! Saya hampir terjatuh cinta dengan awak tapi rupanya selama ini, awak simpan niat nak musnahkan keluarga bahagia saya!" - Delisya Sofhia. "Jangan sampai satu tahap, awak datang dekat saya dan minta maaf atas tuduhan awak yang langsung tak masuk akal itu!" - Harraz Zafran. Hari demi hari bertalu-talu masalah yang ditimpa Delisya. Ditambah pula dengan Puan Dahlia yang tidak habis-habis menyalahkan anak perempuannya. Dia menjadi semakin buntu dan lemah untuk menghadapi suratan takdir hidupnya. "Kau memang pembawa sial dalam keluarga ni, kan? Semua orang mati sebab kau! Kau punca segalanya!" - Puan Dahlia. "Selagi aku masih bernyawa, kau takkan pernah merasa bahagia. Aku akan pastikan hidup kau musnah sebagaimana hidup aku musnah disebabkan kau!" - 'Dia'. Masih adakah peluang untuk Harraz Zafran memenangi sekeping hati Delisya Sofhia yang sudah terluka? Bagaimana pula dengan Puan Dahlia dan 'Dia'? Mampukah seorang wanita yang penuh dengan kederitaan hidup mendapat sebuah kebahagiaan sebenar setelah seribu satu juta konflik yang melanda dirinya? Atau mungkin perkataan 'bahagia' sememangnya tidak wujud dalam kamus hidupnya? Semuanya bakal terungkai di dalam novel 'Sincerely Love.'
Derita Cinta (COMPLETED) by WiyahHana
55 parts Complete
Kerana fitnah, hubungan berakhir. Kerana janji, hubungan tercipta. Jika yang namanya cinta sudah pasti hanya orang 'buta' sahaja yang mengenalinya. ~perginya DERITA membawa CINTA~ Selama tujuh tahun Raykarl Ridzuan dan Iffa Irdina mencintai orang yang salah. Raykarl terlanjur bercinta dengan tunang orang manakala, Iffa terlanjur bercinta dengan suami orang. Kedua-duanya tidak tahu bahawa mereka telah ditipu dan dikhianati. Saat rahsia telah terbongkar kedua-duanya patah hati dan jiwa merana. Namun, takdir mempertemukan mereka berdua dengan jalan perkahwinan. Raykarl menerima Iffa seadanya sebagai isterinya tapi tidak bagi Iffa. Iffa telah patah hati pada manusia yang bernama 'lelaki'. Adakah Raykarl mampu mengubat luka di hati Iffa sekaligus memiliki hati Iffa? Di saat, Raykarl dan Iffa disulam cinta, derita datang membawa ribut secara tiba-tiba sekaligus menghancurkan kebahagiaan Raykarl dan Iffa sehinggakan Iffa kehilangan dua nyawa dalam satu masa. Adakah selepas ini Iffa akan menemui cinta setelah derita membawa luka dan lara dalam hidupnya? "Keikhlasan seorang lelaki mencintai seorang perempuan apabila dia ingin menghalalkan perempuan yang dia cintai itu."- Raykarl Ridzuan. "Mengapa derita hadir di saat aku mula mengenali cinta dan mula merasa bahagia yang sebenar-benarnya?"- Iffa Irdina. "Jika aku luahkan cinta dan sayang padamu, percayalah cinta dan sayang itu hanya untukmu dan hingga ke akhir nafas ku."- Rayyan Ridzuan. Dan Rayyan pula bagaimana dia boleh muncul dalam hidup Iffa? ~DERITA di awalnya dan CINTA di akhirnya~
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna by faedyo
50 parts Complete Mature
[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - AIDA ARIFF AISY IMRAN, seorang jejaka berkelulusan tinggi yang punya angan-angan sendiri. Tidak mendambakan keluarga kecilnya sendiri, baginya sudah cukup hidup seorang diri, tidak perlu komitmen, tidak perlu menyusahkan diri. "Hah, kahwin? apa plan kau?" - AISY IMRAN Dari seseorang yang langsung tidak dikenali, kini mereka bergelar suami isteri yang diikat tanpa kasih, juga terikat dengan perjanjian demi mencapai matlamat hidup masing-masing. Apabila bibit bibit cinta mula hadir, muncul lah yang ketiga membuatkan hubungan mereka kucar-kacir. "Lelaki memang semua sama! termasuk kau Aisy Imran!" - AIDA ARIFF "Aku takkan ceraikan kau! Kau boleh terus jadi perempuan murahan!" - AISY IMRAN Dapatkah mereka berpegang pada rancangan asal dan mencapai kepentingan masing-masing? Segalanya akan terungkai dalam penulisan ini, karya Faye D. bertajuk Cinta Disebalik Awan:Seribu Makna Tarikh mula: 11/08/2023 Tarikh Tamat: 23/09/2023 ❌ No overly explicit mature content ⚠️ Konflik yang tak ringan & tak berat dan agak cliché bagi saya ⚠️ Heavily used english terms & dialogue ⚠️ 10 Bab yang pertama agak slow sebab perlukan pengenalan yang agak panjang ⚠️Sorry kalau ada typo or ayat/tatabahasa/grammar yang tak betul - boleh leave comments nanti saya betulkan ❤️
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
Pergilah Rindu (ON GOING) by chempaqa
28 parts Ongoing
Pertemuan tak dijangka antara Husna, gadis diva paling sombong di universiti, dengan Zafran, lelaki pendiam yang asyik dengan buku, mencetus cabaran dalam hati Husna. Demi ego, dia nekad nak pikat lelaki itu. Duit, rayuan, semua dicuba. Tapi Zafran tetap menolak, sampai akhirnya dia berbohong ada leukemia. Hanya untuk dapat simpati. Zafran tewas. "Selagi abang bernyawa, abang akan sentiasa di sisi Husna." Husna menyesal kahwin dengan Zafran. Miskin! Duduk rumah buruk! Ada mak buta pulak tu! "Aku akan berambus. Aku pun dah tak tahan lagi la duduk dalam rumah buruk ni. Lagikan nak hidup dengan manusia hina macam kau dan mak kau!" Remuk hati Zafran. Perempuan yang dia cintai hina dia begitu sekali. Zafran pertahankan Husna. Husna tetap nak pergi. Dalam hujan Husna tinggalkan Zafran. "Aku takkan balik. Aku akan cari hidup yang lebih layak untuk aku." Zafran jatuh melutut dalam hujan, tangannya menekup wajah. "Pergilah, Husna Arisa... pergilah rindu..." Hati Zafran dah mati untuk perempuan bernama Husna. Hidup Husna mula musnah. Keluarga muflis, ibu bapa meninggal, dan penyakit yang dulu dia reka kini benar-benar menyerangnya. Mungkin balasan Tuhan kerana menderhaka kepada suami. Dia pulang, cari cinta yang pernah dia buang. Tapi... "Pergilah Husna. Pergi kejar apa yang awak impikan. Kerana cinta Zafran Hakim dah hancur. Dah mati! Dan bersaksikan mak. Husna Arisa binti Rizal, aku..." "Beri Husna peluang bang. Husna janji Husna akan bahagiakan abang sebelum Husna pergi. Husna janji," Husna merayu. Husna memujuk. Zafran tetap benci. "Ya Allah, izinkan aku mati di sisi suamiku." Dapatkah doanya termakbul? Masihkan ada ruang di hati Zafran untuk Husna?
KIDULT [OG] by nainnurs
22 parts Ongoing
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝒗𝒐𝒍. 𝟏 IRDINA AISHA, anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuanya. Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberi rasa bahagia dalam hidup mereka sekeluarga. Impiannya hanya satu iaitu membanggakan kedua ibu bapanya dengan memberi kejayaan kepada mereka. Namun, takdir berkata lain. Kedua ibu bapanya pergi dalam sekelip mata, meninggalkan amanah yang amat berat untuk dia pikul. Dina hilang arah tujuan sehingga dia nekad untuk berhenti belajar demi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. "Akak akan pastikan kita tidak berpisah. Walau apapun yang berlaku, kau orang semua akan membesar bersama depan mata akak." Itulah janji yang diucapkan. Walaupun dia tahu ianya tidak mudah, tapi dikuatkan jua mental dan fizikal supaya terlihat kuat di hadapan adik-adiknya yang lain. Mimpinya yang satu itu turut sama terkubur bersama kedua orang tuanya. "Aku penat... Penat sangat..." Disaat Dina jatuh tersungkur dengan ujian yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Dia hadir sebagai penyembuh luka dan sumber kekuatan bagi Dina untuk terus bangkit. "Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku. Aku akan cuba bantu." Dia yang dulu dianggap sebagai musuh kini muncul sebagai sahabat. Dalam diam, cinta mula berputik sehingga mereka nekad untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang suci. "Aku akan jadikan kau ratu dalam istana yang akan kita bina. Itu janji aku." Namun takdir sekali lagi seperti tidak ingin dia bahagia tatkala satu rahsia besar terbongkar. Hatinya hancur berkecai bak kaca apabila mendapat tahu satu hakikat yang agak pedih untuk ditelan. "Dina dengan dia tak boleh berkahwin!" Dirinya buntu. Luka yang mula sembuh kembali berdarah. Saat itu, dia hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Mengharap ada sinar selepas gelita. Adakah Dina berjaya mendapatkan bahagia yang dicari ataupun hanya derita sabagai peneman hidup? "Izinkan aku bahagia walau hanya sebentar." MULA: 7-02-202
Memoir Si Hati Kering by kelingkingbesi
28 parts Complete
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?
BUNGA AZALEA 1 ✅ by kashrinahaider
71 parts Complete Mature
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan. Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan. "Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" "Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? "Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun" ⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR. START : 1 MEI 2018 END: 10 NOVEMBER 2021
You may also like
Slide 1 of 16
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] cover
IMPERFECT MEMORY cover
Sincerely Love ✔️ cover
Beautiful Broken Rules  ✓ cover
Derita Cinta (COMPLETED) cover
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna cover
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover
Cinta Yang Tak Terduga cover
Dia Cinderella Amanda [TERBIT] cover
Pergilah Rindu (ON GOING) cover
KIDULT [OG] cover
Memoir Si Hati Kering cover
Perempuan Bidadari Syurga cover
Demi kamu cover
BUNGA AZALEA 1 ✅ cover
Aryanna Sufya cover

BUKAN MALAIKAT MAUT [C]

130 parts Complete

Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?