Pengenalan yang cliche tak dijangka dapat menarik hati seorang jejaka tampan yang di gelar 'mat playboy' ini. Namun sayangnya apabila gadis-gadis lain cair dengan kata-kata manis serta pujangganya gadis yang disukainya tak menerima effect yang sama. Semalam aku tengok bintang-bintang bersinar cantik, aku terbayang kecantikan kau antara mereka. - Mat playboy Encik tolong hentikan. Budak sekolah pun dah tak main ayat geli-geli ni kalau nak ngorat awek. Please. - Bakal Cinta hati yang awal-awal menolak "Tadi saya minum kopi, kelat betul saya rasa tapi lepas tengok awak rasa manis pula sebab manis tu ada dekat--" "Wajah saya. Ye saya tahu, sila diam." Blok batu yang di bina oleh gadis ini sudah pasti untuk menghalang anasir lain dari mencuri hatinya yang sudah terpaut pada jejaka berkarisma dan sopan yang sikapnya 360° berbeza dari mat playboy yang selalu mengganggu harinya. Akan tetapi, hati itu berbolak balik. Sampai bila rasa sayang yang hadir akan kekal dihati sekiranya tak ditatang dengan baik?