"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardiana Anoura. "Atas nama CINTA, segala apa yang kulakukan hanyalah untukmu sayang. Hadirlah seribu bidadari, tetap engkau yang kumahu. Tanpamu aku 'mati'. Aku perlukan kesetiaan dan kecintaanmu untuk terus 'hidup'. Jangan kau khianati cinta suci ini. Andai ianya terjadi, maka luluhlah hatiku. Saat itu aku harus redha, namun melepaskanmu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin aku harus 'mati' agar tiada hati yang tersakiti." - Muzaffar Irsyad. Akan bahagiakah tiga hati, andai CINTA harus dibahagi? Disclaimer: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekiranya ada, ianya hanyalah suatu kebetulan sahaja. Sebuah cerita hasil kolaborasi bersama @MrsYurina