55 parts Ongoing Liyana Maisara menyimpan rasa yang tak pernah diucapkan, terhadap Raqib Naufal - lelaki yang pernah jadi sahabat paling dekat, tempat dia tumpahkan segala rasa tanpa perlu menjelaskan apa-apa.
Dia bukan jenis yang berani mencintai terang-terangan. Dia mencintai dalam diam. Dalam doa. Dalam sabar yang diam-diam menyakitkan.
Tapi realitinya...
cinta yang paling dalam pun belum tentu akan dimiliki.
Dan sabar yang paling lama pun belum tentu akan dihargai.
Hari itu, Liyana hadir sebagai tetamu, bukan pengantin.
Dia duduk paling belakang, menyaksikan Raqib disatukan dengan perempuan yang bukan dia.
Bukan Liyana Maisara.
Bukan orang yang pernah setia menunggu di hujung luka.
Ini bukan kisah cinta biasa.
Ini kisah tentang perasaan yang tak terbalas,
dan bahagia yang bukan untuk semua orang.
> Kerana dalam hidup, kadang-kadang... orang yang paling kita cinta - akan jadi orang yang paling kita lepaskan.