SEPASANG KURUNG PINK (PUBLISHED)

SEPASANG KURUNG PINK (PUBLISHED)

76K Reads 2.6K Votes 41 Part Story
🌟Nureen Mirza🌟 By NureenMirza Updated Jul 29

Jangan bongkak!
Nanti kau yang gila bayang

"Jadikan Diza teman hidup aku?"

Mama kata Diza cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Huh...merepek. Cantik sangat ke perempuan tu? Muka pucat lesi. Asyik-asyik bajunya warna pink. Kerjanya pun setakat guru sekolah. Mana padan dengan dia seorang engineer!

Namun, puas dielak, jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya sesuka hati. Selagi perempuan tu tak menangis,  jangan panggil dia Syahrin Haiqal.

                 "Sebelum keluar dari rumah awak, saya dah tengok muka saya kat cermin. Memang saya tak sepadan dengan awak."

Tapi...Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia nak biarkan Syahrin buli dia? Kalau orang tak sudi, dia sedia angkat kaki.

Sejak Diza pergi, hidup Syahrin kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibenci itu menjadi pengubat rindunya.