Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

2.9K Reads 55 Votes 7 Part Story
Hilal Asyraf By HilalAsyraf Updated Dec 12, 2018

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka.
Ibu Umeira telah memutuskan untuk menghantar Ariki dan rakan-rakan mengembara ke Negara-Negara Timur, mencari Ishmakil. Destinasi pertama mereka ialah Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin seorang budak bernama Arata.
Di sana, mereka akan teruji dengan konflik demi konflik, yang menjemput 1001 persoalan terhadap perjuangan mereka, persahabatan dan masa hadapan antara mereka!
Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan di Mukan'Aja. Kini mereka berkumpul di Masjid Al-Aqsa yang terletak di LikuWaku. Keadaan itu memaksa Lutello turun ke sana untuk berhadapan dengan mereka, tanpa mengetahui ada kejutan sedang menanti dirinya.
Sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ini pastinya penuh dengan debaran!