33 parts Complete Mature[ SHARIFF ILYAS X ARYANA SOFIA]
𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 : 3
Tiga tahun berkenalan, keikhlasan dan kasih sayang yang Grey tunjukkan buat Aryana benar-benar telah memaut hati gadis itu. Tak tipu, dia memang sudah jatuh cinta.
Tapi dek malu, dia diamkan meskipun lelaki itu kini sudah selamat menjadi suaminya.
Bukanlah Grey tidak tahu, malah rasa yang sudah bertamu lebih daripada tiga tahun itu benar-benar mengajarnya tentang seorang Aryana, gadis yang sekalipun tak pernah gagal porak-perandakan hatinya.
"Lepas ni, setiap pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum tidur, sayang kena cium abang macam tadi. Okey?"
Dia tak mahu memaksa. Biarlah gadis itu dia tatang bagai kaca yang rapuh sehingga Aryana sendiri datang dan mengakui sendiri cinta yang ada dalam hati.
"Yana sayang abang. Abang Yana punya seorang"
"Ya, sayang. Abang Yana punya seorang"
Janjinya, seumur hidup bersama Aryana, cuma bahagia saja yang dia mahu curahkan buat gadis itu. Sampai nafasnya yang terakhir, dia takkan sekali-kali benarkan rasa kesal terbesit dalam hati Aryana kerana memilih dia sebagai suami.
"Walaupun satu hari nanti, Yana minta abang pergi, I'll not. When you're mine, then bear it inside your mind, that whatever is mine, will forever be mine!
repub start : 27 April 2025
end : ?!
status : on-going