Vampire of Grahi II

Vampire of Grahi II

2.4K Reads 64 Votes 12 Part Story
humairaseri By humairaseri Updated 3 days ago

Sebuah kisah misteri yang  melibatkan Siti, seorang gadis cantik yang tidak mengetahui bahawa dia didampingi saka kepada moyangnya yang hidup di istana Grahi kira-kira 700 tahun yang silam.

Sakanya itu yang mengaku sebagai Puteri Srimala Maulimarwadewi Amaradani, puteri kepada pemerintah negeri Grahi abad ke-14 di Segenting Kra  telah menceritakan segala-galanya - tragedi, cinta dan airmata yang telah mengubah nasib satu keturunan. Semua cerita itu dianggap sebagai satu RAHSIA yang diamanahkan kepada Siti untuk menjaganya.

Dalam episod yang lepas, Siti yang dirasuk kembali pulih setelah bertarung berjam-jam lamanya dengan Seri, yang juga mengaku sebagai saka kepada Siti. Namun Seri bukanlah saka kepada Siti dan terbongkar bahawa dia adalah musuh kepada Puteri Srimala. Siapakah sebenarnya Seri? Mengapa dia menyembunyikan Sufian, sepupu dan kawan sepermainan Siti sejak dari kecil?

Sebaik sahaja Siti sedar dari pengsan, dia mendapati Sufian masih tidak ditemui. Keluarga Sufian sudah mencuba pelbagai usaha termasuk meminta bantuan kedutaan Malaysia di Bangkok bagi mencari Sufian yang hilang sejak pergi ke rumah kawannya di Patani.

Namun kemudian Siti sedar akan sesuatu...





"...seseorang itu tidakkan pernah merasai kelazatan cinta, sehinggalah dia dikhianati cinta."

-Seri


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam episod pertama, anda boleh memiliki Vampire of Grahi I di sini: http://vognovel.blogspot.com/

  • 2018
  • brunei
  • cinta
  • hantu
  • indonesia
  • malaysia
  • melayu
  • misteri
  • novel
  • patani
  • pontianak
  • sejarah
  • syaitan
  • thailand
  • thriller
  • vampire
  • wattys2018

No comments listed yet.