Lelaki Langit Bumi (Lengkap)

Lelaki Langit Bumi (Lengkap)

43.4K Reads 7.4K Votes 112 Part Story
Girang Fashali By girangfashali Updated 6 days ago

DIHA 'AFINA tidak menyangka sama sekali yang dunianya bakal berubah disebabkan si pemilik nama ARIYYAN. Semua gara-gara rakaman video yang ditinggalkan oleh sahabatnya, Marsha. Persahabatan antara Diha dan Marsha bermula dengan blog Tentang Sesuatu. Marsha yang disahkan menghidap kanser mempertanggungjawabkan Diha dengan satu mandat besar yang pada hakikatnya sukar ditunaikan - BANTU ARIYYAN. Siapa Ariyyan? 

Pertemuan empat mata dengan Ariyyan membuatkan hati Diha tersentuh. Naluri dan empati Diha berpihak pada lelaki itu. Dia memang perlu dibantu, diselamatkan. Tetapi, berjayakah Diha dalam misi membantu Ariyyan? Bolehkah Ariyyan dibantu sedangkan si empunya diri rela terus lemas dalam daerah duka? Mampukah dua insan dari dua latar belakang yang sangat sangat berbeza menemui satu titik keserasian antara mereka?

"Aku yakin dia dapat memahamimu. Mengerti passion mu yang sangat dalam pada musik. Aku sendiri nggak pernah menafsir karyamu sebegitu, ayang. Sebagaimana dia bisa mendalami hasil gubahanmu, aku yakin dia juga bisa menelah jiwamu." 

"Ini permintaan terakhirku, ayang. Ayang telah pun berjanji untuk menunaikannya." - Marsha

"Kau harus muncul dalam hidupnya. Pujuk hatinya agar bisa menjalani dunianya. Aku kenal dirimu, Diha. Aku yakin banget semangatmu akan bantu dia untuk pulih semula." - Marsha

"Jadi kamu setuju untuk tunaikan permintaan Marsha? Kamu bersedia kalau kita teruskan semua ini?" - Ariyyan

"Insya-Allah." - Diha 'Afina

"Nggak perlu pura-pura berlagak mulia. Lakonan kamu mungkin bisa memperdaya mama atau orang lain. Tetapi, bukan aku! Menantu mama cuman seorang. Cuman Marsha! Titik!" - Ariyyan

"Peluang apa, Dina? Dia tak perlukan sesiapa. Dia hidup dalam dunianya. Tak ada siapa boleh masuk." - Diha 'Afina



Selamat menelusuri kisah Diha dan Ariyyan :)

Facebook: Girang Fashali    Instagram: @girangfashali

*Bab baharu akan dimuat naik setiap hari Jumaat. Maaf, slow update kerana belakangan ini agak sibuk.