Wattpad scheduled for offline maintenance
On Tuesday, October 6 between 8:00 AM and 10:00 AM UTC (4:00 - 6:00 AM EDT), Wattpad will be down for 2 hours to perform a database upgrade, in an effort to improve stability and performance issues. Thank you for your patience as we work to enhance your experience with Wattpad.
PLOT CINTA TAK JADI

PLOT CINTA TAK JADI

4K Reads 137 Votes 11 Part Story
Penerbitan Dear Novels By dearnovels Updated Aug 10

WHATSAPP 013 2588069
WWW.DEARNOVELS.MY

Tajuk: PLOT CINTA TAK JADI
Penulis: AUNIE AYUNIE
ISBN: 978-967-2116-15-8
Harga: RM23.00 / RM26.00

"Sapu-Sapu Sdn Bhd? Eh, saya tak ada minta servis sapu-sapu pun." - Nayla.
"Itu nama syarikat akulah, sengal. Aku bukan nak servis. Aku datang sebab nak tarik kereta kau. Dah empat bulan tak bayar, kan?" - Riyad. 

Pertemuan pertama yang sadis itu membuka peluang untuk Nayla membalas dendam kerana hatinya telah dikhianati Hezri. Riyad pemilik Syarikat Sapu-Sapu Sdn Bhd dijadikan kambing hitam untuk Nayla merealisasikan rancangannya. Riyad pula setuju saja kerana bayarannya lumayan. Bolehlah dia langsaikan bil-bil yang lama tertunggak. Maklumlah, syarikatnya berstatus suam-suam suku saja. 

Tapi, rancangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Bila kontrak terbatal, hati Nayla pula terpaut dengan sikap Riyad. Walaupun garang macam singa, tapi Riyad selalu melindunginya.

"Nayla, kalaulah kau boleh nampak betapa banyaknya cinta dalam hati aku untuk kau. Tentu kau tak akan merungut apa-apa." - Riyad.
"Siapa yang tak jatuh cinta dengan abang? Saya jatuh cinta dengan abang setiap hari, setiap saat." - Nayla.

Perkahwinan mereka yang termeterai menjadi saksi cinta mereka cinta sejati dan bukan cinta jual beli. Namun, Hezri kembali mengemis cinta yang dia khianati dulu. Dan, kebahagiaan mereka teruji apabila Sakinah muncul, lalu menjadikan Nayla orang ketiga dalam hubungan mereka. 

Nayla tidak pernah menyangka yang dia akan terperangkap dalam kisah cinta antara dua darjat.