Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani
Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas.
Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen. - Romeo
Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? - Juliet
Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo.
Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya.
Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. - Sky of Phoenix
Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati.
Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? - Thor
Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya.
Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua... - Edison Ng
Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan.
Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu - Ahmad Tariq
Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi?
By akuorgbiasa
Athira gadis muda yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Tangkak Johor. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah sejak lima tahun lalu. Dia hanya tinggal bersama ibu dia dikampung. Athira yang mahu merubah nasib cuba menerima tawaran untuk belajar di sebuah Universiti di selangor.
Namun kehadiran dia ditempat baru mengundang titik hitam dalam hidup. Athira diganggu seorang lelaki yang berhidung belang. Risau akan terjatuh dalam dangkapan seorang lelaki yang cuba mencemarkan maruah dia. Dia cuba sedaya upaya menyelamatkan diri. Hingga dia lupa bila nasib tidak memihak pada dia. Dia harus menerima kenyataan yang dia akan tersungkur juga dengan nasib malang.
Dia Azran Hakimi sudi menghulurkan pertolongan. Namun dek kerana nafsu yang menguasai diri pertolongan itu bertukar mimpi buruk pada gadis itu.
"Kenapa Fatin yang dapat cinta? Dan dia cuma tempat lelaki itu melampiskan nafsu sahaja?" Airmata nya semakin laju mengalir.
-Nurathira-
"Kau selalu cakap aku gunakan kau sebab nafsu kan. Kau tak nampak apa yang aku cuba sampaikan? Kau tahu tak aku sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku. Tapi kau tetap layan aku macam perogol!"
-Azran Hakimi-
"I still love you Azran. Kalau you berubah fikiran. I masih ada untuk you. Sentiasa ada untuk you"
-Fatin-
Benci yang dia tanam. Namun sebalik nya tumbuh di dalam hati. Sikap lelaki yang di anggap pemusnah masa depan bertukar persepsi menjadi insan yang setia mendampingi. Namun dia sendiri tak pasti. Apa sebenarnya yang terbuku dihati lelaki itu.
Apakah cuma rasa bersalah atau pun cinta?
Beautiful Cover By- @bunnyaf
PERSONA AWARD 2020
CATEGORY: LUCKY AWARD WINNER🎖️
PS/dilarang plagiat sama sekali!
💯 idea sendiri.
Baca dulu jangan skip.
Amaran ada sedikit adegan 🔞
Jangan lupa vote okay🤗
Happy reading 💕