ex boyfriend isteriku

ex boyfriend isteriku

102K Reads 193 Votes 2 Part Story
jang jang By Napelasusahsangat Updated Jun 29, 2018

Aku mengajak kawan isteriku tidur saja di rumahku. Dia dan isteriku baru saja sampai dari langkawi menghadiri seminar sehari. Sebenarnya Nizam ni adalah X boyfriend isteriku. Dulu mereka pernah bercinta selama 7 tahun semenjak dari tingkatan 3 lagi. Apa yang aku tahu mereka berpisah bila Nizam ni ditunangkan oleh keluarganya dengan perempuan pilihan orang tua. Tapi setelah aku bernikah dengan isteriku, Nizam memutuskan pertunangan dengan perempuan pilihan orang tuanya. Aku pun tak tahu kenapa dan nizam tak kahwin lagi hingga sekarang. Setelah kami berkahwin, aku telah membawa isteriku ke sarawak sebab aku ditugaskan disana dan isteriku seorang guru juga memohon pertukaran ke sarawak.