Real Of My Love (Ed)

Real Of My Love (Ed)

4K Reads 951 Votes 19 Part Story
🥰iyn cute flower🌻 By Iyn_rhana Updated Aug 24

"Sebenar-benar cinta saya itu adalah awak. Dan selama-lamanya hanya cinta itu akan kekal di hati saya,"

"Tapi cinta itu tetap berada di tempat ke-2 kerana cinta yang paling agung adalah cinta kepada Sang Pencipta,"

Hati seseorang dipegang oleh DIA. DIA juga yang menentukan sesiapa yang berhak menghuninya. Takdir yang telah tertulis takkan mampu diubah tapi hati perlu tetap menerimanya. 

                                   ______~♡~______

"Perkenalan kita adalah satu perkara yang saya takkan lupa dan itu adalah memori paling indah buat saya," - IRSYA NADYRA

"Aku mungkin akan jadi memori pahit kau kalau kau terus berada di samping aku. Tapi aku janji pertemuan terakhir kita akan jadi memori paling terindah dalam hidup kau." - IAN SYAKIR

Pertama kali Dyra mengetahui Syakir adalah sepupu angkatnya yang jarang dijumpai, membuatkan dia cuba beramah mesra dengan lelaki itu. Tapi sikap lelaki itu yang mengendahkan setiap persoalannya buatkan dia sedikit terasa akannya.

Beberapa peristiwa berlaku pada mereka menimbulkan pelbagai rasa dalam diri setiap mereka. Sehingga mereka dilihat semakin rapat dari hari ke hari oleh orang sekeliling mereka. 

Kebahagian yang diperoleh Dyra membuatkan seseorang iri hati dengannya. Pelbagai rancangan dilakukan si dia untuk merampas kebahagian itu.

Hubungan persahabatan dan keluarganya, masing-masing mengujinya untuk terus mempertahankan kedua hubungan itu. Kerana itu seseorang perlu menjadi perlindungnya. Tanpa dipaksa Syakir sendiri menghulurkan pertolongan itu.

Tanpa sedar bibit-bibit manis yang dicipta kedua mereka akan lebih merumitkan keadaan.

Dapatkah Dyra bertahan melindungi kebahagiannya dari dirampas? Apakah pilihan Syakir setelah mengetahui keadaan mereka sebenar? Apakah yang akan terjadi pada hubungan mereka?



☆High Rank☆
# 1 in trouble - 30/5/20
# 36 in psycho - 30/5/20
# 29 in psycho - 8/6/20

First book

Start: 1th Dis 2019 (Edit Series)
End: -