RINDU YANG TERLARANG ...

RINDU YANG TERLARANG ...

10.4K Reads 568 Votes 11 Part Story
Umie Nadzimah By UmieNadzimah2015 Updated Mar 25

Cinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . 
"Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana 
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura . Jangankan hendak berbesan , selisih jalanpun mereka tidak sudi . Masing -masing istiharkan permusuhan tujuh keturunan .
"Kita tetap akan nikah Ain!" Putus Faith , masih yakin .
"Tapi...macam mana ?" Ainnura buntu. Perkahwinan tanpa restu , bukan pilihan terbaik .
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia , tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam -diam . Yeah ... nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma . Bila rahsia terbongkar , Faith diberi kata dua , cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar ...perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji , namun harapan hanya tinggal harapan .
Beberapa tahun berlalu , walaupun sangat berjaya dalam kerjaya , perasaan Faith tetap kosong dan beku . Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya ...
"Orang rindu Ain sangat...."- Faith
"Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura
Bersatu semula , sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan , bukanlah satu rancangan yang bijak untuk cari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah , Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk raih semula cinta Ainnura.
Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka ? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith ? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing -masing?

  • rinduyangterlarang
Org tua2 berkelahi ...bergaduh buruk la...kesian kat anak2...tq kak UN...cerita baru...kami tunggu sambungannya
Anis80 Anis80 Feb 04
Aduhaiiiii dahsyatnya gaduh.. tu bkn takat gaduh mulut.. dh ala2 wrestling dh tu... mcm Xde harapan je utk ain dan faith 😨😰😱 thx kak UN for the new story 💐🌹🌷
kerana harta terputus silaturahim antara jiran dan anak2 pulak menjadi mangsa..kita adakah hubungan Faith dan Ainnura "Just follow with flow" or sebaliknya
ayunawati ayunawati Feb 06
tak sabar nak tunggu budak2 tu besau 
                              jadik cerita 
                              teruskan kak UN..
SoulClam__ SoulClam__ Feb 19
Aku bgi penyepak stgi. Main cop anak org sial. Ckplah elok2. Ada adab kan! Taulah marah tpi xpayah maki2 ya Rabbi
Prolog pun dah gempak... jln cerita mcm mana lah pulak naa... mesti best ni... tq kak UN... buku akak byk dah sy dah beli... x rugi beli... mmg best gila...