5 Tanda Jatuh Cinta

5 Tanda Jatuh Cinta

14.3K Reads 1.6K Votes 57 Part Story
syaz By syaznixon Completed

Nura Araviya ataupun Viya merupakan seorang wartawan tempatan. Sering menemu bual pasangan selebriti yang hangat bercinta ataupun sudah bernikah, tetapi masih gagal memahami sesuatu.

Cinta.

Makhluk apakah itu? Dari planet mana pula asalnya? Semuanya tidak Viya ketahui. Jangankan cinta pertama, perasaan cinta pun belum dia kenali.

Sehingga suatu malam di mana dia asyik berkaraoke lagu Shake It Off nyanyian asal Taylor Swift. Siap memakai kaca mata berbentuk love dan memaparkan aksi yang mencuit hati di hadapan golongan ternama yang sedang menikmati makan malam mereka. Tidak terlupa juga itu merupakan blind date pertamanya.

Tanpa dia ketahui, seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef selebriti mula berminat untuk mengenalinya.

Lelaki itulah yang digelarnya Alien kerana sama seperti cinta, dia juga tidak mengenali siapakah lelaki itu.

Tetapi, lelaki itu menjanjikan sesuatu kepadanya. Alien itu berjanji dia akan memperkenalkan apa itu cinta kepada Nura Araviya.

  • lovestory
  • malaynovel
  • melayu
  • notyourtypicallovestory
  • novel
  • novelmelayu
  • sweet
  • wattys2018

No comments listed yet.