MAMAT DINGIN HATI RINDU

MAMAT DINGIN HATI RINDU

22.6K Reads 393 Votes 15 Part Story
Karyaseni | Penulisan2u By karyaseni2u Updated Jan 30, 2018

Tajuk: Mamat Dingin Hati Rindu

Penulis: Aifa Batrisya

Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-2102-29-8
Muka Surat : 640
Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Januari 2018

Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri dari Hani.
Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara. 
"Annyeonghesayo!" - Nia Adara
"Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! - Ian
Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood itu! Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus! 
"Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - Naurah Tihani
"Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya... Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila-bila!" - Ian
Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?

  • generalfiction
  • karyaseni
  • novelfiksyen
  • novelmurah
  • novelterbaik
  • penulisan2u