Dear Anna

Dear Anna

1.2K Reads 55 Votes 10 Part Story
Hanah Rishas By AwaaHaris Updated Oct 31, 2019

Nairah, dalam senyum manis sebenarnya dia menyimpan sejuta kepiluan. Disorok jauh-jauh dari pandangan sesiapapun. Namun ada sepasang mata yang liar mencantas setiap lapis jiwa, ingin diterokai dan cuba ditenangkan dalam diam. Nairah tidak pernah tahu, lelaki itu sentiasa ada bersama dengannya. Mereka tidak terpisah hijab, berbumbungkan langit sama dan berlantaikan bumi serupa.

"Cinta aku cinta mati." -Tajul

Sayangnya dia kepada Nairah tidak berpenghujung. Cintanya dia kepada Nairah...tidak terjangkau tingginya langit dan dalamnya lautan. Nairah adalah dunianya. Entah...rasa yang hadir benar-benar menuntut sebuah cinta tanpa batas apa pun!

"Jangan bersedih, Anna kesayanganku. Kerana aku akan kekal bersamamu sampai bila-bila. Kan sudah aku berjanji begitu dengan kau? Ya, aku akan kotakan janji itu." - Luqman

Janji itu kini dipegang erat oleh seseorang. Seseorang yang Nairah tidak pernah kenal. Bahkan Nairah tidak pernah tahu kewujudannya. Dia melihat dalam sepi. Dia menjaga dalam sunyi.

"Kerana perasaan itu telah menyatukan kita tanpa kita sedar. Aneh tetapi itu hakikatnya." - Nairah