TIH 2 : Arlisya Firdaus

TIH 2 : Arlisya Firdaus

1.4K Reads 154 Votes 15 Part Story
Minna✨ By nur_minna Updated Oct 07

[Pemenang Pengkarya Revisionis The 2018 Wattys Award] 

Published : 01/01/18
Completed :
Previously known : TIH 2 : Broken Land

Book 2 in Trust in Him. Lebih Baik baca TiH: Peluang Kedua dulu sebelum baca buku ni.

Enjoy!

************************************


Ramai orang menyangka Arlisya Firdaus ialah lelaki disebabkan penampilannya yang tak ubah seperti lelaki. Kesnya sangat teruk sehingga kaumnya sendiri ramai yang menaruh hati padanya.

Masalahnya, bukan lesbian!

Dia tidak pernah meminta untuk dijadikan hidupnya seperti itu. Dia tidak pernah mengaku dia seorang lelaki, malangnya semua tidak percaya apabila dirinya menyatakan dia seorang perempuan.

Sampailah satu hari, dia bertemu dengan seorang wanita bertudung labuh dan berniqab menegur caranya berpakaian. Hadirnya wanita itu seperti hadirnya cahaya hidayah memberi peluang untuknya berubah.

Arlisya Firdaus cuma inginkan seseorang yang mampu memimpinnya ke jalan benar kerana dia nekad mahu menjadi muslimah sejati! Malangnya perjalanan untuk berubah tidak semudah yang disangka.

"Kamu nak keluar dari dunia ni?"

Arlisya Firdaus mengangguk. "Encik mesti tahu kan?"

"Tetapi ada banyak halangan sebelum kamu boleh keluar."

"Banyak benda kamu tak ingat tentang orang sekeliling kamu di dunia kamu. Kamu kena selesaikan beberapa tugasan dan ingat mereka semula sebelum kamu lupa mereka sepenuhnya."

"Tugasan? Macam mana selesaikan tugasan boleh buat saya ingat pada mereka?"

"Saya tak boleh terangkan bagaimana. Tapi itu saja caranya. Ia merangkumi tugasan, ingatan dan kebahagiaan."

Gadis itu langsung tidak tahu punca dia terperangkap di alam tersebut. Apa yang dia dapat rasakan, ia berkait dengan masa silamnya dan hanya dengan tiga perkara yang orang tua kelihatan seperti Gandalf itu katakan menjadi jalan keluar untuknya.

  • adventure
  • bolasepak
  • books
  • coffee
  • crush
  • dosa
  • fantasy
  • hijrah
  • ingatan
  • islam
  • jalankeluar
  • kebahagiaan
  • love
  • nurminna
  • remaja
  • romance
  • tomboi
  • trustinhim
  • wattys2018

No comments listed yet.