PROJEK: T. U. H. A. N.

PROJEK: T. U. H. A. N.

1.9K Reads 410 Votes 13 Part Story
Iqmal Iskandar By Qalam_Iq Updated Jun 23

[ Projek T. U. H. A. N ]

Apakah itu? 

Transformation

Universal

Human and

ANimal

Sekumpulan saintis dari sebuah agensi ingin mengubah dunia ini dengan menjalankan sebuah projek yang diberi nama Projek T. U. H. A. N. Tuhan? Ya. mereka ingin menguasai dunia seperti tuhan.

Mereka telah merungkai sebuah formula dan berjaya menganalisis bagaimana ingin mengubah manusia dan haiwan untuk menjadi sebuah spesies atau hidupan baharu. Mereka ingin mencipta spesies baharu yang dapat mengangkat martabat mereka agar menjadi seorang pemerintah terulung buat dunia. Mereka ingin menggunakan kelebihan ini sebagai suatu senjata buat mereka agar mereka dapat menguasai dunia.

Sesungguhnya, sifat keangkuhan dan ketamakan menguasai diri mereka. Meraka alpa bahawa akan Sang Pencipta yang sebenar. Allah SWT. Pencipta dan pemilik sekalian alam.

Mereka angkuh dengan mengatakan merekalah pemerintah dunia ini. Merekalah pemerintah yang sebenar. Tiada sesiapa dapat menandingi kebijaksanaan mereka. Namun itu salah sama sekali. Mereka lupa akan Allah SWT. Allah Maha Bijaksana.

Projek T. U. H. A. N berjalan dengan lancar. Eksperimen ke atas haiwan berjaya dengan jayanya. Banyak spesies baharu telah terhasil. Kejayaan mereka membuatkan mereka menjadi lebih tamak. Mereka ingin mencabar diri sendiri dengan menjalankan eksperimen ini ke atas hidupan yang lebih kompleks. Manusia.

Namun, terdapat kesilapan berlaku semasa menjalankan eksperimen ini ke atas manusia. Kesilapan mereka ini membuatkan dunia dalam bahaya.  Bahaya yang teramat sangat. Lihatlah kesan buruk yang berlaku dari sifat ketamakan dan keangkuhan manusia. 

Dunia dalam bahaya!

Dunia bakal dimusnahkan oleh suatu spesies makhluk yang berbahaya!

Manusia normal bakal pupus!

Siapakah penyelamat mereka?

Penyelamat mereka dan dunia adalah dari mereka yang tak dijangka langsung. 
Namun mampukah mereka menyelamatkan diri mereka sendiri?

  • adharian
  • bahasamelayu
  • bizzare
  • ego
  • family
  • friendship
  • love
  • mutant
  • mutation
  • novel
  • sci-fi
  • sciencefiction
  • scientific
  • survival
  • thriller
  • wattys2018
syiho96 syiho96 Oct 26, 2017
Baca buku ni, tringat pula masa zaman form 1 dulu. Waktu tu guru english suruh lukis creature/binatang melalui imagination. And I remember at that time, I chose campuran kucing/helang n (ada lagi tapi tak ingat) 😂 tabik with ur high imagination!
Nuee_hx Nuee_hx Oct 17, 2017
Is that BUCKBEAK,A CREATURE IN HARRY POTTER THE PRISONER OF AZKABAN 😨😱
zamharibakti_okt17 zamharibakti_okt17 Nov 16, 2017
Sebenarnya ada banyak cerita/mitos pasal haiwan campuran. Hybrid. Contohnya dalam Fullmetal Alchemist ada Chimera. 
                              
                              Hal ini bukan yang pertama, tetapi saya kagum kerana saudara berani meneroka bidang sci fi, fantasi. 
                              
                              Saya akan terus membaca bab-bab seterusnya
- - Jan 06
Sesuai sangat tajuknya Projek T.U.H.A.N. yang menceritakan sekumpulan saintis yang cuba menjadi Tuhan. O-O
Frhleeya Frhleeya Nov 19, 2017
Ur writing ideas hebat and menarik sngt... Love it !! 👍👍
fazryzafatyn fazryzafatyn Sep 26, 2017
Cara tulisan yg kemas n matang. Cerita pun mcm menarik so far. Good job! Hehe