Kisah Arianna dan Keith tidak tamat disitu sahaja apabila kebahagiaan mereka diragut dengan kehilangan putera kesayangan, Qeithian Ramorez. Kini Keith yang sudah lama menyepi dari dunia gelapnya tiada pilihan lain selain kembali beraksi. Bezanya kali ini dia tidak berseorangan. Sang isteri pendamping setia disisi. Namun kepercayaan Arianna luntur sebaik sahaja kisah lampau Keith dibuka satu persatu. Mampukah kasih mereka mekar seperti dahulu?