Story cover for BAHAGIA YANG TERTANGGUH by karyaseni2u
BAHAGIA YANG TERTANGGUH
  • WpView
    Reads 59,986
  • WpVote
    Votes 625
  • WpPart
    Parts 15
  • WpView
    Reads 59,986
  • WpVote
    Votes 625
  • WpPart
    Parts 15
Ongoing, First published Apr 25, 2017
PENULIS: RISSA AHDIYA
  TAJUK: BAHAGIA YANG TERTANGGUH 
  HARGA : RM24 (SM)/RM27 (SS)
  
  Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori 'anak emak'. Tetapi kalau kategori 'adik kakak' bagaimana pula?
  Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri. 
  
  Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!
  
  "Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah." 
  
  "Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you." - Azrin Sofea
  
  Talak akhirnya menjadi 'hadiah' bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya. 
  
  ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban. 
  
  "Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita." - Zakwan .
All Rights Reserved
Sign up to add BAHAGIA YANG TERTANGGUH to your library and receive updates
or
#258generalfiction
Content Guidelines
You may also like
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
45 parts Complete
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
MAHLIGAI BAHAGIA (C) by aanissmaisarah
31 parts Complete
MAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempat adiknya untuk bernikah dengan wanita tersebut yang cantik, manis, pendek dan sopan santun. Eh kalau macam tu korang dua kahwin lah kau ganti tempat aku, Rith-Hayyan Fawwaz. Okey aku kahwin dengan dia kalau tu yang kau nak, Waz!-Hayyan Harith. Bla lah setakat cakap aku pun boleh. Buktikan, Rith!-Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith dan Zarith Sofea kini sah menjadi suami isteri. Mereka juga hidup bahagia. Bidadari abang gembira tak sepanjang kita bergelar suami isteri?-Hayyan Harith. Ya Allah, mestilah gembira..dah lah segak, tinggi, pandai, faham agama, tak baran yang paling penting pandai menghargai. Sayang tak pernah tak happy walaupun kita ni kahwin tanpa bercinta sebab sayang yakin cinta tu akan hadir selepas kahwin dan saling menghargai serta mempercayai-Zarith Sofea. I love you, bidadari abang-Hayyan Harith. I love you more, qalbi-Zarith Sofea. Namun cinta mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu Iris Elisa. Yang penting I lagi cantik okey!-Iris Elisa. "Zarith Sofea binti Mohd Fayyadh lagi cantik, manis pula tu-Hayyan Harith. Ish, sikit-sikit Sofea..yang penting I lagi cintakan you-Iris Elisa. Mampukah cinta mereka kekal utuh? atau lafaz cerai terucap dibibir dan menjadi pengakhiran kisah cinta mereka? ~Saling mencintai dan menghargai penguat cinta kita~ Start: 16 Feb 2024 End:. 27 Feb 2024
BUKAN AKU YANG KAU CARI by syazyhazyz
44 parts Ongoing
Aira Zahra hidup sebatang kara selepas kematian ahli keluarganya kerana ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga Aira. Aira hidup sebatang kara selepas itu dengan menumpang kasih rumah kawan baik lelakinya. Akibat dia terlalu lama menumpang disana, dia terjatuh hati pada kawan lelakinya, Zafran Hazim. Tapi ditolak kerana sudah mempunyai perempuan yang dicintainya. 1 tahun Aira melarikan dirinya ke luar negara untuk memulihkan hatinya dari semua perkara. Selepas kepulangannya ke tanah air, dia memilih untuk duduk dirumah milik kawannya lagi. Zafran mula jatuh hati pada Aira dan cuba mengambil hatinya. Belum sempat dia mencuri hati Aira. Abangnya sudah memikat hati Aira dan melamarnya. Zafran rasa tercabar dengan abangnya. Saya tahu awak masih cintakan saya Aira. - Zafran Hazim. Jangan ungkit kisah lama, sekarang saya dah bahagia dengan abang awak, Haikal. - Aira Zahra. Akibat kata-kata Aira terlalu goreskan hati Zafran. Zafran buang Haikal dari keluarga dan tak pernah anggap Haikal sebagai abang. Kita ni adik-beradik, jangan nak hancurkan semata-mata kerana seorang perempuan. Jangan berfikiran cetek! - Haikal Zarif. Aira, please Aira jangan tinggalkan saya! - Zafran Hazim. Pergi Zafran pergi, selama ni aku hidup bukan untuk kau. Bukan aku yang kau cari. - Aira Zahra. Dapatkah Zafran mencuri hati Aira kembali? Adakah hati Aira masih untuk Zafran? Bolehkah Zafran menerima takdir? Adakah Aira akan kembali kepada Zafran? Atau tetap bersama Haikal? Mampukah Zafran mengharungi semua ini? Mampukah dia?
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] by qstnadamia
87 parts Complete Mature
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING] by itsmenurfa
80 parts Complete
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu saudaranya iaitu adik kepada arwah ibunya. Tetapi kecantikan dan sifat lemah lembut Mya Arlisa dicemburui oleh sepupunya sehingga sepupunya sanggup membuli dirinya semasa ibubapa mereka sudah keluar bekerja. Dia tekad mahu keluar dari rumah itu dan mahu tinggal bersama sahabatnya baik dahulu di Kuala Lumpur. "Mya minta maaf Mya kena keluar dari rumah ini..."-MYA ARLISA ZARIQ AMSYAR-seorang lelaki yang mempunyai rupawan yang sungguh menawan sehingga mampu mencairkan hati para gadis tetapi dengan sifatnya yang dingin beku itu membuatkan ramai takut untuk bertegur sapa dengannya. Hanya dengan sekali pandang hatinya sudah berpaut dengan seorang gadis yang berpakaian agak kekampungan dan tidak pandai bergaya itu telah membuatkan hatinya ingin mengenal rapat dengan gadis itu walaupun gadis itu adalah musuhnya sendiri. "selamat datang ke nereka ciptaan aku"-ZARIQ AMSYAR "sekali kau masuk dalam hidup aku jangan harap kau akan jumpa jalan keluar"-ZARIQ AMSYAR "apa salah saya dekat awak? Itu semua cerita dahulu dan saya tidak tahu pasal itu"-MYA ARLISA "semua barang dalam rumah ni aku punya jadi bermaksud kau pun aku yang punya faham?"-ZARIQ AMSYAR [Old Version] - [New Version]
A² [C] by petalsbyprose
42 parts Complete
Rindu datang tidak bertamu. Menagih kasih yang kian berganti luka. Saat dirinya mulai menerima hadirnya si peneman hati, ribut sekali lagi membadai jiwa. Takut untuk menerima kebenaran dek masih tenggelam dengan janji manis palsu. Hidup Hana Aqila yang dulunya hanya bertemankan keluarga dan sahabat mula dihiasi dengan senyuman indah dilengkapi lesung pipit yang menawan. Jika dulu hatinya tertutup rapat, kini dia mula membuka ruang kepada Aqil Aryan untuk menjadi penghuni tetap. "Hana, what if saya tak nak jadi kawan awak? What if saya nak jadi lebih daripada tu?" - AQIL ARYAN Namun, ke manakah hilangnya janji manis terlebih semut yang meniti dari bibir lelaki itu? "Kenapa sampai boleh jadi macam ni? Kenapa Aqil buat aku macam ni? Kenapa dia rahsiakan semuanya daripada aku selama ni? Dia tak sayang aku ke?" - HANA AQILA "Sebab dia sayang kaulah dia buat macam ni." - ARIZ AYDEN Di saat hatinya terbuka untuk Aqil Aryan, lain pula yang dia terpaksa terima. Hakikat sebenar yang tidak pernah terlintas oleh akal fikirannya. Rahsia apa yang tersimpan sehingga menyebabkan Hana jadi makin tak tentu arah? Bagaimanakah penghujung jalan cerita mereka berdua? Akan hadirkah sinar baru yang mencantumkan semula dua keping hati yang telah rapuh? ✍🏻Trigger warning alert: depression but not too deep, light mental health disturbance cehh❗ ✍🏻 No Plagiat, idea originally from my cracked little brain ❌ ✍🏻 Jgn lupa support maceh2 !!! ✍🏻 Yang mana baik bolehlah dijadikan teladan, yang mana buruk tu buang jauh ke sempadan ^^
You may also like
Slide 1 of 9
Pikat Hati Dr Jerk ✓ cover
MAHLIGAI BAHAGIA (C) cover
BUKAN AKU YANG KAU CARI cover
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] cover
Mi Esposa (TERBIT) cover
Bukan Sekadar Cinta  cover
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔| cover
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING] cover
A² [C] cover

Pikat Hati Dr Jerk ✓

45 parts Complete

Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?