ryyyyyysh
Aryy Felecia Alexandra - Seorang wanita berdarah kacukan British dan Melayu berumur 27 tahun, dikenali dengan sikap dingin, baran, dan wajah tanpa senyuman. Matanya yang tajam berwarna biru memukau sering membuat orang lain gentar.
Hidupnya berubah apabila terpaksa berkahwin dengan seseorang yang tidak pernah dia jangka.. Lee Xuan Ling, anak perempuan kepada rakan baik ayahnya yang terikat dengan sebuah janji lama. Pada awalnya, perkahwinan itu hanya dianggap sebagai tanggungjawab, tanpa rasa. Namun, seiring waktu berlalu, Aryy mula menyedari bahawa dalam dingin sikapnya, dia sebenarnya perlukan seseorang untuk menjaga dirinya... dan mungkin, untuk dicintai.
"Jangan ingat aku akan layan kau macam pasangan lain... Kita cuma kahwin paksa sahaja."
Menolak kehadiran Xuan Ling dalam hidupnya, Aryy cuba menafikan segala perasaan yang bermain di hatinya. Namun, jika dia akhirnya menyedari kebenaran tentang perasaannya, adakah semuanya sudah terlambat?
Lee Xuan Ling- Seorang model terkenal berusia 28 tahun, berketurunan Cina-Thai. Dia langsung tidak menyangka dirinya akan terikat dalam perkahwinan tanpa cinta dengan Aryy, anak kepada rakan baik ayahnya, hasil daripada sebuah janji lama yang tidak pernah dia pilih.
Pada awalnya, hubungan itu sekadar tanggungjawab yang perlu dipikul. Dia cuba menyesuaikan diri dengan sikap Aryy yang dingin dan sukar didekati, tanpa mengharapkan lebih daripada sekadar sebuah perkahwinan atas nama.
Namun, seiring waktu berlalu, tanpa dia sedari, hatinya mula berubah. Perasaan yang pada awalnya kosong kini perlahan-lahan terisi, dan dia mula menyimpan rasa terhadap Aryy. Dalam diam, dia cuba menerima takdir itu dan berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sebaik mungkin, walaupun hatinya masih belajar untuk mencintai sepenuhnya.
Kini, hanya masa yang akan menentukan adakah Aryy akan menyedari perasaan Xuan Ling kepadanya atau tidak.