Nina seorang gadis yang susah ditafsirkan. Seorang yang sangat keras hati dan cekal serta berani menanggung risiko. Tidak betah bekerja makan gaji menyebabkan Nina nekad membuka syarikat sendiri yang dinamakan Nina PI iaitu sebuah syraikat Penyiasatan Persendirian. Selain itu berbekalkan Diploma Perundangan dari universiti tempatan, Nina juga memberi perkhidmatan nasihat undang-undang kepada yang memerlukan. Sebagai seorang Penyiasat Persendirian wanita, tugas Nina memang dipenuhi dengan cabaran. Selain itu dia juga perlu bersaing dengan P.I lelaki yang jauh lebih gagah dan berani serta lebih mendapat kepercayaan pelanggan. Namun Nina bukanlah seorang yang mudah mengalah. Dia mempunyai cara tersendiri untuk memenangi kepercayaan pelanggan. Tetapi sebagai seorang wanita, dia tidak dapat lari dari persoalan cinta dan rumahtangga. Kedua ibu bapanya sudah mula bising. NIna cuba mengelak apabila persoalan itu ditimbulkan. Namun kehadiran seorang pelanggan yang memberinya tekanan dan pelbagai karenah membuatkan segala pendiriannya selama ini goyah!