Hawa Untuk Sang Adam [E-book]√
SignorinaRoselle
"Anti boleh ke handle ni? Ke nak ana yang handle Queen Dorm? Hmm?" - Adam.
Tanpa sedar, kata-kata itu mengguris hati kecilnya. Jika dengan para puteri (pelajar perempuan), hatinya cepat saja cair. Tapi, jika dia dengan ketua para putera (pelajar lelaki), ego saja yang dia tunjukkan.
Fikirannya serabut memikirkan hal di rumah dan di Madrasah itu. Sudahlah kepalanya serabut dengan para puteri, ditambah lagi dengan cemuhan dari mulut tiada insurans, Adam.
"Itu kurang sopan, ketua puteriku. Queen Dorm juga salah satu amanah ana. Tak kan ana hanya duduk diam saja memerhati kegagalan anti untuk handle Queen Dorm?" - Adam.
Lelaki itu selalu membuatkan dia naik angin satu badan. Kadang kala, kakinya mahu saja rebah ke bumi, tetapi lelaki itu juga selalu membantu. Tidak tahu sama ada mahu dibuat musuh, atau dibuat kawan? Mampukah dia handle Queen Dorm? Dan siapa lelaki misteri yang berani mengambil dia sebagai seorang isteri?