༘ ➳• My Friends •༢
4 stories
Di Bawah Langit, Kita Tak Pernah Satu by Rcyto89
Rcyto89
  • WpView
    Reads 299
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 23
Kisah benar dari saya author, yang berlaku di bumi serambi mekah Hazwan, pelajar UiTM Kota Bharu yang bertubuh tinggi dan berbadan besar, menjalani hidupnya di antara kelas, kopi nescafe ais, dan pekerjaan sambilan sebagai pemandu Grab dengan Myvi biru yang setia menemaninya di jalanan. Hidupnya sederhana, penuh rutin, sehinggalah takdir menemukan dia dengan Izzah - pelajar UMK Pengkalan Chepa yang bertudung, berkaca mata, dan memiliki disiplin diri yang tinggi. Izzah bukan sekadar seorang gadis yang rajin memasak atau suka memberi senyuman. Dia adalah tenang yang Hazwan tidak pernah sedar dia perlukan. Mereka berdua mengisi ruang sepi satu sama lain, namun tidak pernah menamakan rasa itu. Di bawah langit yang sama, mereka berjalan di lorong berbeza. Ada pertemuan, ada tawa, ada gurau mesra... tetapi juga ada jurang yang tidak pernah terisi. Kerana mereka tahu, ada rasa yang hanya mampu disimpan, bukan dimiliki. "Di Bawah Langit, Kita Tak Pernah Satu" adalah kisah tentang dua hati yang saling memahami dalam diam, saling merindu tanpa janji, dan saling dekat namun tetap berjauhan. Sebuah cerita tentang bagaimana takdir kadang-kadang mempertemukan kita... hanya untuk mengajar bahawa tidak semua yang kita cintai akan menjadi milik kita.
Takdir atau Pilihan | OG  (SLOW UPDATE) by SeraphinaVales
SeraphinaVales
  • WpView
    Reads 3,629
  • WpVote
    Votes 212
  • WpPart
    Parts 17
Tanpa di beritahu, dirinya dijodohkan dengan lelaki yang dia sendiri tidak kenal asal usulnya dari mana, namanya siapa. "Mawar Melida, kan?" "Macam mana.." Dia sendiri tidak kenal dengan lelaki yang dia kahwini. Dia pun tidak tahu sama ada rumah tangga ini boleh di pertahankan atau tidak. Rasa cinta dia mungkin tidak pernah ada. Walaupun dia tahu ia akan mengambil masa yang lama, cinta Izz Khaider kepada Mawar Melida tidak pernah hilang. Dia sanggup menunggu cinta Mawar Melida. "Tapi Mawar sendiri tak ada rasa cinta dekat awak." "Mawar.. cinta ni kita boleh cari, sayang.."
My Partner: Hairiel Eidlan by eyddriel
eyddriel
  • WpView
    Reads 223
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 3
Api yang marak. Kebakaran yang memusnahkan dua per tiga bangunan hotel mewah itu menjadi saksi. Tempat yang merakamkan segala kenangan manis pada awalnya tapi akhirnya pahit yang ditinggalkan. Mungkin bagi orang lain mereka tak mahu ingat lagi kejadian tragis yang dirancang itu, tapi bukan bagi Hairiel Eidlan dan Iris Aldariya. Bagi Iris Aldariya, di situ dia mengenali seorang Hairiel Eidlan. "Apa nama kau?" "Hairiel Eidlan." Sebaris nama yang mampu mendebarkan hatinya. Tiga hari dia di sini, selalu sangat dia berbual dengan lelaki itu. Dia tak pernah rasa apa- apa. Kenapa lain pada waktu ini? Bagi Hairiel Eidlan, cukuplah peristiwa malang ini mendera jiwanya. Rasa bersalah yang tak akan pernah hilang. Baru setahun lebih tak jumpa, perangai dan gaya Hairiel benar- benar lain. Tak mengapa. People change. Tapi kalau sampai dah lupa Iris macam kena amnesia, siapa je tak sedih? "Kau...tak ingat aku ke?" - Iris Aldariya "Aku bukan tak ingat. Aku tak pernah kenal pun kau siapa." - Hairiel Eidlan Iris sendiri hairan. Dia ni buat- buat tak kenal ke? Kerap kali bertemu, Hairiel tetap tak mampu menafikan perasaannya. Macam manalah dia boleh suka dekat gadis yang datang entah dari mana. "Kau suka aku yang dulu ke sekarang?" - Hairiel Eidlan Elok memendam rasa yang sama, satu per satu rahsia mula terungkap. Buat hati Iris berbolak- balik. Keliru dengan perasaannya sendiri. "Kau tipu aku ke?" - Iris Aldariya Satu demi satu bahaya datang tanpa diundang. Hampir meragut nyawa Iris Aldariya. Hairiel pula terpaksa menjaga Iris setiap masa risau diapa- apakan. "Kalau aku mati macam mana!" Iris Aldariya "Don't worry. I'm here. By your side." - Hairiel Eidlan *** "Aku tak percaya engkau." - Iris Aldariya "Terpulang. No one ask you to believe me." - Hairiel Eidlan *** "Pertemuan aku dengan dia, hanyalah untuk takdir orang lain." *** Diharamkan menjiplak idea.
~》𝙻𝚄𝚃𝙷𝙵𝙸𝙰 𝚁𝙾𝚂𝙴《~ | 𝙾𝙶 by Nsjaxx_
Nsjaxx_
  • WpView
    Reads 978
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 28
Luthfia Rose menjalani hidup yang penuh penderitaan tanpa mengetahui asal-usulnya. Namun, selepas berkahwin dengan Thaqeef, rahsia keluarganya mula terbongkar satu per satu. Dia bukan sekadar gadis biasa...kelahirannya pernah cuba disembunyikan, dan nyawanya dalam bahaya. Dalam usahanya mencari kebenaran, Rose menemui fakta mengejutkan-datuknya sendiri mahu dia lenyap, dan orang yang paling dipercayainya mungkin adalah pengkhianat sebenar. Siapa sebenarnya musuh dalam keluarganya? Mampukah Rose bertahan dalam permainan penuh tipu daya ini? Dia bukan bayangan sesiapa. Kini, dia akan mencari identiti dirinya sendiri. Start: 18/3/2025 End: ????